Setakat ini, Malaysia masih belum menunjukkan tanda surut penularan wabak COVID-19 di dalam negara ini. Bahkan, perkara ini bukan sahaja berlaku di rantau ini sahaja tetapi ia juga masih menjadi tajuk utama di sebahagian besar negara lain di dunia. Pelbagai inisiatif telah dibuat dalam mengesan kehadiran virus merbahaya di dalam udara persekitaran.

Terbaharu, pasukan penyelidik daripada University Yale dilaporkan sudah berjaya membangunkan sebuah lencana yang boleh mengesan kehadiran virus COVID-19 di dalam udara persekitaran. Lencana yang dinamakan sebagai Fresh Air Clip ini boleh diletakkan pada baju yang dipakai kerana saiznya yang kecil.

Sumber Gambar: The Guardian

Lencana tersebut dibangunkan untuk pekerja hospital atau kawasan tertutup seperti restoran panggung wayang yang kebiasaannya berpotensi menghadapi virus COVID-19 sewaktu tugasan seharian. Kewujudan lencana ini boleh mengesan sistem pengudaraan di sekitar kawasan tugasan sama ada selamat atau terdapat kehadiran virus tersebut.

Buat masa ini, Fresh Air Clip masih memerlukan PDMS diuji secara manual untuk mengesan virus. Walaupun lencana masih belum dikomersialkan lagi di pasaran, ia bakal menjadi satu alat berguna dalam menjaga keselamatan diri daripada virus berbahaya ini pada masa kelak.

Sebelum ini, saintis Jepun berjaya menghasilkan pelitup muka bercahaya apabila terdedah kepada  COVID-10.

Saintis Jepun Hasilkan Pelitup Muka Yang Bercahaya Apabila Terdedah Kepada COVID-19

Profesor Di Jepun Cipta Skrin Yang Boleh Hasilkan Rasa Makanan Apabila Dijilat

Sumber