Aplikasi Kita Jaga merupakan satu inisiatif oleh sekumpulan pembangun tempatan, Terato Tech yang membantu individu dan keluarga yang terjejas punca pendapatan atau hilang pekerjaan akibat wabak COVID-19. Aplikasi ini dilancarkan pada ketika kempen #KibarBenderaPutih yang giat dijalankan di seluruh Malaysia sehingga ke hari ini.

Untuk meneruskan agenda tersebut, mereka telah melancarkan kempen pendanaan awam amal yang memerlukan sejumlah RM200,000 menerusi platform GlobalSadaqah. Kita Jaga memaklumkan bahawa kempen ini dilancarkan bagi memastikan mereka dapat terus menyumbang kepada negara dengan jumlah pengguna yang ramai menggunakan platform tersebut pada saban hari.

Sumber Gambar: kabartular

Disebabkan penggunaan semakin tinggi, maka kos operasi juga turut meningkat sekaligus. Satu sesi kutipan derma telah dilakukan menerusi platform GlobalSadaqah pada sebelum ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada RM100,000 dalam tempoh selama dua minggu sahaja.

Tambahan pula, dana yang terkumpul berupaya mengembangkan dan melancarkan ciri baru yang membolehkan pembelian secara langsung dengan penghantaran barang keperluan dan makanan kepada penerima sumbangan dan pelbagai penambaikkan boleh dilakukan pada aplikasi tersebut.

Sumber Gambar: MalaysiaGazette

Dana ini juga akan digunakan untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat serta mengukuhkan kewangan dalam meningkatkan tahap operasi yang lebih besar. Kita Jaga dilihat sangat komited untuk memastikan bantuan boleh sampai ke seramai yang boleh dengan melancarkan aplikasi versi baru yang bakal dikembangkan kepada 5 buah negara pasaran lain pada bulan akan datang.

Kempen pendanaan awam dilihat sangat penting dalam memastikan platform ini dapat terus menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya usaha murni ini boleh dikembangkan kepada pasaran luar yang berpotensi. Buat anda yang ingin menyumbang dalam kempen ini, anda boleh lawati ke pautan ini untuk menyalurkan sumbangan.

Berikut merupakan tiga laman web untuk mudahkan pengguna mencari bendera putih dan ‘food bank di kawasan sekitar perjiranan.

3 Laman Web Untuk Mudahkan Pengguna Mencari Bendera Putih Dan ‘Food Bank’ Di Kawasan Sekitar

https://www.thevocket.com/apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-kempenbendaraputih/