Rakyat Malaysia sedia maklum keperluan imbasan MySejahtera sebaik masuk ke mana-mana premis di luar sana. Langkah ini membolehkan pihak KKM memantau tahap penularan wabak COVID-19 semasa dan mengambil inisiatif yang sewajarnya untuk membendung dari berleluasa.

Terbaharu, Khairy Jamaluddin menyatakan kerajaan akan mengkaji dan melihat data mobiliti penduduk dan pengembaraan serta jangkitan selepas pembukaan semula sempadan negara bermula Jumaat ini. Hal ini untuk memutuskan keputusan sama ada langkah mengimbas kod QR MySejahtera bakal diteruskan atau sebaliknya.

Sumber Gambar: Malay Mail

Pada ketika ini, setiap orang memang diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera sewaktu memasuki ke sesuatu premis sekaligus boleh mengesan kontak rapat di kawasan tertentu dengan mudah.

Sekiranya tiada perubahan pola ketara dalam tempoh sebulan ini, praktis mengimbas kod QR MySejahtera untuk daftar masuk lokasi dijangkakan boleh dihentikan. Malaysia akan menjejaki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 ini dan pelbagai pihak akan memantau perubahan dari segi mobiliti dan jangkitan sebelum memutuskan keputusan tersebut.

Sebelum ini juga, beliau sedia menafikan kenyataan berkaitan kerajaan menjual maklumat kepada pengguna MySejahtera kepada syarikat swasta.

YB KJ Nafi Kerajaan Menjual Maklumat Pengguna MySejahtera Kepada Syarikat Swasta

YB KJ Cadangkan Perluaskan Ciri MySejahtera Untuk Urusan Pendermaan Organ