Forza Horizon 5 telah menjadi pilihan permainan video perlumbaan kegemaran ramai sejak ia mula dilancarkan pada awal November lalu. Menerusinya, para pemain berpeluang mengubah suai kereta idaman mereka dengan pelbagai livery. Akan tetapi, sudah pasti terdapat garis panduan yang perlu diikuti oleh para pemain.

Seorang pemain yang menggunakan nama @AllThingsRacing telah memuat naik satu berita yang mengemparkan buat seluruh pengguna internet menerusi platform Reddit. Pemain ini dilaporkan telah dilarang mengakses permainan video tersebut selama hampir 8,000 tahun ekoran ubah suai kontroversi yang dibuat pada kereta miliknya.

Sumber Gambar: Reddit

Ubah suai kontroversi yang dimaksudkan ini mengandungi gambar logo Kolonel Sanders dan KFC yang ditukar kepada imej Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Menurut pemilik siaran tersebut, rakannya mendapat mesej daripada Pasukan Komuniti Forza yang menyatakan bahawa beliau tidak dapat bermain permainan itu sehingga 31 Disember 9999.

Bukan hanya menggantikan gambar Kolonel Sanders pada logo KFC Kim Jong-un sahaja, bahkan pemain ini turut menambah perkataan #SendNukes serta menggantikan jenama Pirelli kepada Pyongyang. Jenama Nike dan New Balance pula ditukarkan kepada Nuke dan Nuke Balance.

Sumber Gambar: Reddit

Disebabkan tindakan itu dilihat boleh membangkitkan isu politik, maka terdapat pihak berkuasa yang tidak bersetuju dengan jenaka yang cuba dilakukan lalu meminta larangan dilakukan terhadap pemain terbabit.

Difahamkan larangan ini adalah bukan dibuat oleh syarikat yang menghasilkan permainan Forza Horizon 5 iaitu Playground Games tetapi sebaliknya daripada Turn 10 Studios yang merupakan pengasas kepada permainan video Forza Motorsport.

Sementara di Singapura pula, sebuah platform telah dibatalkan lesen dagangan selepas mempromosikan kriptowang ARMY tanpa kebenaran agensi tersebut.

Mempromosikan Kriptowang ARMY, Bitget Kini Digantung Lesen Dagangan Kripto Oleh Singapura

India Cadang Kenakan Denda Sehingga RM11.4 Juta Buat Individu Langgar Peraturan Kripto

Sumber