Pada hari ini sebahagian negara sudah mulai menggubal undang-undang berkaitan kriptowang untuk memastikan setiap dagangan yang berlaku adalah sah. Dalam masa yang sama, mereka juga mahu memerhati sebarang aktiviti jenayah yang boleh berlaku dengan menggunakan kriptowang.

Terbaharu, kerajaan India dilaporkan sedang pertimbangkan untuk melantik pengawal selia baharu yang dikhaskan untuk mengawasi berkaitan kriptowang termasuklah meneliti mereka yang memiliki kriptowang, melombong, penjualan ataupun urusan perdagangan mata wang digital tersebut.

Sumber Gambar: Gadgets 360

Sekiranya sesiapa yang disyaki melanggar peraturan kripto baharu bakal dikenakan denda sehingga $2 juta (~RM11.4 juta) atau dimasukkan ke penjara selama 18 bulan. Di bawah peraturan kripto India, para pemegang kripto mungkin akan dikehendaki mengisytiharkan aset digital mereka kepada kerajaan berdasarkan tarikh yang ditetapkan.

Peraturan baharu itu adalah sebahagian daripada rang undang-undang yang dilaporkan akan diperkenalkan dalam sidang parlimen yang sedang berlangsung oleh kerajaan berkenaan. Ditambah pula rang undang-undang yang diperkenalkan juga dianggap sebagai cara melindungi pelabur kecil di dalam pelaburan kripto di negara tersebut.

Menurut beberapa penganalisis, peraturan baharu dengan hukuman berat bukanlah suatu perkara negatif oleh kerana ini merupakan satu langkah pengiktirafan kelas aset digital oleh kerajaan.

Sementara di Korea Selatan, kriptowang Shiba Inu baru-baru ini telah berjaya disenaraikan di platform dagangan kriptowang di negara tersebut.

Platform Dagangan Kriptowang Korea Selatan, Korbit Bakal Senaraikan Shiba Inu

Kriptowang Shiba Inu Berjaya Cipta Rekod Dengan Mengumpul Seramai 1 Juta Pemegang