Ramai yang mengimpikan mahu menjadi YouTuber kerana boleh menjana pendapatan yang tinggi. Jadi, profesion YouTuber sering disertai oleh golongan muda yang majoritinya adalah tech savy.

Menerusi perkongsian SCMP, sebuah perkampungan di bandar Raipur di India telah menjadi popular selepas hampir 1,000 penduduknya menjadi YouTuber sepenuh masa. Dengan jumlah penduduk seramai 3,000 orang, kampung itu mempunyai sekurang-kurangnya 40 saluran YouTube tersendiri.

Sumber Gambar: YouTube

Oleh itu, kampung tersebut telah mendapat gelaran kampung YouTube kerana sebahagian penduduknya sangat aktif memuat naik konten ke platform berkenaan. Malah, penghasilan konten ini juga disertai oleh pelbagai lapisan umur termasuklah paling muda berumur 15 tahun dan seorang nenek yang sudah mencapai 85 tahun.

Mereka juga sangat dedikasi untuk bergiat aktif pada setiap hari dalam pembikinan video supaya boleh disajikan kepada pengguna Youtube di luar sana. Selain kamera SLR, sebahagian daripada mereka turut menggunakan dron untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik.

kampung youtuber
Sumber Gambar: YouTube

Malah, ada sebilangan penduduk tampil sebagai pembantu teknikal atau pun menjadi pelakon untuk sesuatu konten yang dihasilkan. Video yang dihasilkan merangkumi pelbagai genre seperti komedi, program berasaskan lagu dan video perlumbaan.

Sebahagian besar penduduk kampung tersebut melakukan aktiviti itu secara sepenuh masa, manakala sebilangan yang lain mendakwa mampu memperoleh pendapatan dua atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pekerjaan sebelumnya.

Sumber