Bitget merupakan sebuah platform dagangan kripto yang terkenal di seluruh negara yang menawarkan pelbagai jenis kriptowang blockchain menerusinya. Saban hari, sejumlah kriptowang baharu bakal dimasukkan supaya boleh didagangkan oleh para pelabur. Akan tetapi, tidak semua kriptowang dibenarkan lebih-lebih lagi yang tidak mendapat pengiktrafan oleh pihak sepatutnya.

Platform aset digital yang berpengkalan di Singapura, Bitget dilaporkan telah digantung lesennya oleh Penguasa Kewangan Singapura selepas terlibat dalam pertikaian dengan agensi yang mewakili kumpulan lelaki popular K-pop iaitu BTS. Hal ini berlaku berikutan penyenaraian kontroversi kriptowang berkaitan kriptowang baharu yang digelar sebagai ARMY coin (ARMY).

Sumber Gambar: Cointelegraph

Walaupun kriptowang tersebut tidak diiktiraf di Singapura, ia didakwa masih mempunyai lesen dagangan yang sah di negara lain seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat. Isu ini mula timbul apabila Bitget telah berkongsi ciapan yang mempromosikan ARMY Coin yang dinamakan sempena gelaran peminat boyband BTS yang dikenali sebagai Army.

Malah, Bitget juga telah menggunakan maklumat mengelirukan melalui promosi tersebut seperti dakwaan ia bakal memberi manfaat kepada kumpulan BTS dan menjadi sumber sokongan untuk menjaga ahli BTS seumur hidup.

Sumber Gambar: Zoom TV

Pertukaran itu dikatakan melanggar hak cipta kumpulan tersebut dengan mempamerkan kriptowang terbaharu menggunakan tanda ARMY dan nama serta imej tanpa kebenaran daripada agensi rasmi mereka. Agensi tersebut lantas bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pelanggaran hak cipta yang berkaitan.

Ditambah pula dengan kenyataan bahawa kriptowang tersebut tidak mempunyai kaitan dengan BTS dan menggesa mereka yang telah kehilangan wang daripada pembelian kriptowang tersebut untuk menghubungi pihak berkuasa. Bagaimanapun, Bitget menepis dakwaan sedemikian kerana mereka hanya mengendalikan kriptowang sahaja dan bukan menciptanya.

Penyenaraian kriptowang ARMY sudah digugurkan daripada platform Bitget bagi mematuhi perintah yang diarahkan oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu. Tindakan sedemikian perlu dilakukan bagi melindungi pengguna daripada tertipu dengan kriptowang palsu yang dicipta oleh scammer untuk mengaut keuntungan besar dengan mudah.

Sebelum ini juga, kriptowang SQUID yang direka berasaskan siri terkenal Squid Games menjadi pelaburan hangus selepas nilai menjunam sehingga 99%.

Pelaburan ‘Hangus’, Nilai Kriptowang SQUID Ini Junam 99% Hanya Dalam Tempoh 5 Minit

Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang

Sumber