Pada bulan lalu, TikTok telah pun membuka pendaftaran untuk penjual berniaga di platform e-dagang yang dikenali sebagai TikTok Shop. Akhirnya, kini syarikat telah pun merasmikan kepada umum akan servis terbaharu ini buat pengguna di luar sana.

Dengan pelancaran ini, para pengguna boleh membuat aktiviti jual-beli terus pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. Pengenalan ciri ini di Malaysia selari dengan sasaran TikTok untuk menjadi aplikasi ‘Shopertainment’ yang mana pengguna boleh mengikuti kandungan, dan beli-belah terus pada platform berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok Shop

Menurut TikTok, Malaysia telah mencatatkan transaksi berjumlah RM279 bilion dalam arena edagang pada tahun 2021 sahaja. Hal ini sekaligus memberi jangkaan akan jumlah itu bakal terus berkembang pesat untuk tahun-tahun berikutnya. Ini juga memperlihatkan TikTok dalam arena yang tepat dalam membantu peniaga dan juga pengguna.

Para pengguna akan dipaparkan dengan video promosi termasuk pautan terus untuk membeli tanpa meninggalkan aplikas itu. Bersempena pengenalan servis terbaharu ini, TikTok sedia menawarkan baucar penghantaran percuma, baucar diskaun sehingga 99% dan banyak lagi.

Tular baru-baru ini terdapat penjual mengambil kesempatan menjual kad TnG NFC pada harga setinggi Rm79 ekoran ketiadaan stok ketika ini.

‘Reseller’ Mula Jual Kad TnG NFC Setinggi RM79 Ekoran Ketiadaan Stok

DJI Gantung Jualan Dron Di Rusia Dan Ukraine, Elak Salah Guna Bagi Tujuan Perang