TikTok kini bukan sahaja menjadi tempat hiburan semata-mata, malah kini ramai yang mampu menjana pendapatan. Antara salah satu cara buat duit di TikTok adalah dengan menjual produk menerusi akaun masing-masing.

Anda boleh menjual pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli terus daripada pautan yang disediakan pada video atau pun kedai TikTok Shop yang dicipta pada akaun masing-masing. Mari pelajari dengan lebih terperinci cara buat duit di Tiktok dengan mudah.

1. Buka aplikasi TikTok dan log masuk akaun anda.

2. Kemudian, anda perlu memuat naik video baharu dengan klik pada simbol tambah dan lanjut tekan Next.

cara buat duit
Sumber Gambar: TikTok

3. Pada bahagian Post, klik pada Add link untuk menambah pautan jualan produk pada video.

Sumber Gambar: TikTok

4. Selepas itu, anda boleh pilih untuk menyenaraikan produk anda sendiri atau pun meletakkan produk penjual lain sebagai affliate.

Sumber Gambar: TikTok

5. Selepas memilih produk yang mahu dijual pada katalog yang sudah dipautkan pada akaun, klik pada Add.

5. Akhir sekali, anda perlu sahkan pautan produk lalu tekan Post. Video yang dimuat naik bakal hadir dengan pautan berserta nama produk dengan logo beg berwarna kuning yang terletak di atas username anda.

Sumber Gambar: TikTok

Untuk makluman, anda perlu terlebih dahulu menjadikan akaun TikTok kepada jenis bisnes serta mendaftar sebagai penjual rasmi TikTok Shop. Kemudian, barulah ciri TikTok Shop akan diaktifkan yang sekaligus membenarkan anda menjual barangan menerusi platform ini.

Sebahagian pengguna TikTok yang memanfaatkan ciri ini berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit sebagai kerja sambilan sahaja. Konsep TikTok Shop sama sahaja seperti Shopee yang mana turut hadir dengan penghantaran percuma, baucar diskaun dan banyak lagi.

Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan menerusi platform TikTok. Kini anda turut boleh menjana pendapatan sambil bermain TikTok sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mempelajari cara memohon refund daripada Touch ‘n Go sekiranya kad hilang atau tamat tempoh.

Ini Caranya Memohon Refund Daripada Touch ‘n Go Sekiranya Kad Hilang Atau Tamat Tempoh

Mudah Dan Pantas, Ketahui Cara Memadam Kesemua E-Mel Yang Diterima Menerusi Gmail