Setakat hari ini, kemelut antara Rusia dan Ukraine masih kelihatan belum reda lagi malah semakin banyak pula kekuatan ketenteraan yang telah dikerah di medan tempur. Maka, pelbagai jenis peralatan ketenteraan yang digunakan dalam mengesan kedudukan musuh, tempat berlindung dan seumpamanya.

Sehubungan itu, DJI baru sahaja menggantung jualan dron mereka di Rusia dan Ukraine bagi mengelakkan ia digunakan di medan perang dalam konflik yang sedang berlaku. Hal ini sekaligus menjadikan DJI syarikat dari China yang menghentikan jualan di Rusia sejak konflik bermula.

Sumber Gambar: Tom’s Guide

Sebelum ini, syarikat DJI terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membidas dakwaan dron mereka digunakan di medan perang sehingga produk tersebut ditarik dari Jerman. Penarikan secara rasmi penjualan dron mereka di Rusia dan Ukraine adalah langkah paling jelas dari DJI untuk menggelakkan dron mereka disalah gunakan bagi tujuan peperangan.

Malah, penggunaan dron untuk tujuan rakaman juga memerlukan anda untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana sesetengah lokasi rasmi tidak membenarkannya sama sekali. Apatah lagi sewaktu kemelut peperangan, sudah pasti terdapat potensi ia akan digunakan bagi tujuan pengintipan musuh.

Sebelum ini juga, seorang lelaki berjaya mengesan AirPods yang dicuri oleh tentera Rusia sehingga terdedah pergerakan mereka ke pangkalan di Rusia.

Angkara AirPods Dicuri, Lelaki Ukraine Ini Secara ‘Tidak Sengaja’ Berjaya Jejak Pergerakan Tentera Rusia

Ekoran Krisis Ukraine-Rusia, Apple Dijangka Kurangkan Pengeluaran iPhone Dan AirPods