Penggunaan dron sudah semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya content creator. Dengan mendapatkan dron bajet, mereka boleh merakam video atau menangkap gambar sinematik yang lebih mantap dengan angle yang unik.

Terdapat sejumlah jenama yang sedia menawarkan dron bajet yang berkualiti untuk kegunaan orang ramai. Mari kita lihat enam pilihan dron bajet yang boleh didapatkan pada harga serendah RM76 sahaja di Shopee.

1. Novix E88 4K Drone

Sumber Gambar: Shopee

Siapa sangka dengan harga di bawah RM80 sahaja boleh dapatkan sebuah dron yang mempunyai kamera yang padu berserta sejumlah ciri terkini. Model dron Novix E88 ini dilengkapi dengan kualiti resolusi 4K HD yang dapat menghasilkan gambar dan video yang bagus menerusinya.

Pemanduan penerbangan dron ini cukup stabil sekaligus memberi kemudahan  dan keselesaan kepada pilot. Masa penerbangan pula bertahan sehingga 15 minit yang mana turut boleh dikawal sejauh 100 meter dengan lancar. Malah, dron ini juga boleh dilipat agar lebih kompak untuk disimpan di dalam beg.

Sekiranya anda mahukan dron keluaran Novix ini, ia boleh didapatkan pada harga RM76 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Novix E88 4K Drone

2. Syma X20P

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan bajet yang anda boleh pertimbangkan adalah Syma X20P. Model X20P ini memiliki reka bentuk 4-axis drone yang sesuai untuk penerbangan dalam linkungan yang luas. Di samping itu, pengawalan dron ini juga sangatlah stabil, lancar dan selamat.

Menariknya, dron ini mampu membuat pusingan sehingga 360° dan boleh dikawal sejauh 20 meter dalam keadaan rendah. Dron ini juga boleh ditetapkan ketinggian mengikut yang dihendaki pada satu aras altitude sahaja. Bukan itu sahaja, lampu LED pada bahagian bawah dron pula memudahkan penerbangan pada waktu malam.

Kini anda boleh dapatkan Syma X20P pada harga RM78.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Syma X20P

3. JXD 512W

dron bajet
Sumber Gambar: Shopee

JXD 512W sangat sesuai buat anda yang mahu berjinak dengan dunia dron untuk pengambaran. Model dron ini berukuran 8.8 cm sahaja yang menjadikannya saiz sekecil tapak tangan. Walaupun bersaiz kecil, dron ini tetap tahan lasak dan boleh terbang dengan lancar walaupun di dalam keadaan berangin.

Ini kerana mempunyai kelebihan pengawalan enam paksi yang menjadikan dron ini lebih stabil dan sesuai untuk kegunaan outdoor. Keunikan dron ini terletak pada kebolehan kawalan jauh menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi khas. Dron ini menyokong kawalan dron menerusi sambungan WiFi.

Anda boleh dapatkan dron JXD 512W dengan penawaran harga RM139 menerusi Shopee.

Beli Sekarang JXD 512W

4. 4DRC F10 Drone 

dron bajet
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, model dron kelauran 4DRC juga menampilkan sejumlah ciri menarik seperti jenama terkemuka pada harga marhaen. Dron F10 ini bukan sahaja mempunyai rekaan yang premium, bahkan mempunyai sokongan GPS dan juga tetapan kamera dual dengan resolusi 4K.

Bukan itu sahaja, model ini turut hadir dengan sokongan GPS agar memudahkan dron pulang semula ke lokasi anda dengan selamat. Di samping itu, dron ini boleh diterbangkan dalam tempoh yang lama serta boleh dikawal dengan aplikasi dengan mudah dan menyimpan terus sebarang rakaman pada telefon pintar.

Anda boleh dapatkan dron serba canggih pada harga RM220.51 melalui Shopee.

Beli Sekarang 4DRC F10 Drone 

5. JJRC H51 Drone Rocket

Sumber Gambar: Shopee

Model dron seakan roket ini telah dicipta khas untuk rakaman video dan gambar swafoto dengan sudut yang lebih menarik. Selain menawarkan kualiti gambar 720P bersama mod Beuty, anda juga sebenarnya boleh menetapkan automasi penerbangan  ke suatu lokasi yang mana sangat berguna untuk solo photographer.

Ciri lain yang terdapat pada dron ini adalah boleh dikawal sejauh 80 meter dengan tempoh penerbangan selama 10 minit. Selain itu, dron ini boleh membuat pusingan 360° untuk rakaman panorama secara menyeluruh yang menarik.

Kini anda boleh membeli dron unik ini pada harga RM329 di Shopee.

Beli Sekarang JJRC H51 Drone Rocket

6. DJI Tello

dron bajet
Sumber Gambar: Shopee

Siapa sangka jenama DJI yang sinonim dengan harga premium sebenarnya masih turut menawarkan model bajet yang dikenali sebagai Tello untuk peminatnya. Model ini mempunyai binaan yang kukuh dalam masa yang sama memberikan fungsi penerbangan yang cukup memuaskan.

Menariknya, anda turut boleh menggunakan set kepala VR untuk merasai pengalaman yang lebih imersif serta berkebolehan dikawal menerusi telefon pintar sahaja. Terdapat juga teknologi penstabilan imej yang boleh memastikan setiap gambar atau video yang dirakam mendapat hasil yang baik.

Kini DJI Tello boleh didapatkan pada harga RM449 menerusi Shopee.

Beli Sekarang DJI Tello

Berdasarkan senarai dron di atas, 4DRC Drone hadir denga sejumlah ciri menarik yang tersedia pada model premium seperti resolusi 4K, kawalan menggunakan telefon pintar menerusi WiFi dan banyak lagi. Dari segi harga juga dikira sangatlah berpatutan untuk kegunaan jangka masa panjang.

Konklusinya, pemilihan dron masih bergantung pada citarasa masing-masing. Setiap dron mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu memberikan kepuasan buat para pemiliknya. Semoga dengan senarai di atas dapat memudahkan anda membuat pembelian dron pada ketika ini.

Sumber