Boleh dikatakan sudah semakin ramai yang berjinak dengan dunia dron kerana mahu mendapatkan rakaman visual yang unik. Namun, tidak ramai pula sedar terdapat sejumlah lokasi rasmi yang digazetkan sebagai kawasan larangan kerana isu keselamatan dan lain-lain lagi.

Bersempena Hari Kemerdekaan 2022 pada kali ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) telah mengeluarkan peringatan bahawa orang ramai dilarang menerbangkan dron tanpa kebenaran ketika acara sedang berlangsung.

Sumber Gambar: Nestia News

Larangan ini dikeluarkan atas faktor keselamatan kerana pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terbang rendah di ruang udara Dataran Merdeka pada acara tersebut. Untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, larangan ini perlu dikeluarkan agar orang ramai lebih cakna.

Pengendalian aktiviti dron di Malaysia tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs). Tindakan akan diambil sekiranya anda dikesan melakukan pelanggaran akta yang dinyatakan.

Ikuti berita-berita terkini berkaitan arena teknologi global dan tempatan yang disajikan oleh kami.

Terkesan Dengan Keadaan Ekonomi Global, Nilai Bitcoin Menjunam Di Bawah Paras RM90,000

Celcom Mahu Memulakan Ujian 5G Kepada Umum Seawal Bulan September Ini

Sumber