Setelah pertelagahan antara syarikat Epic Games dan Apple yang berlarutan sejak daripada tahun lalu berikutan sistem pembayaran tambahan pada aplikasi Fornite, kedua-dua syarikat pada hari ini nampaknya telah menerima kata putus daripada pihak mahkamah.

Perkembangan terkini menunjukkan hakim telah memihak kepada syarikat Epic Games selepas memberikan injuksi kekal yang mengarahkan Apple dalam membenarkan penawaran sistem pembayaran alternatif dalam aplikasi yang ditawarkan pembangun.

Injuksi tersebut hanya diberikan selepas Apple mengubah suai polisi baru-baru ini berkaitan kebenaran menghubungi pelanggan secara terus menerusi emel dan pilihan pembayaran selain daripada Apple. Selain daripada itu, Epic Games juga telah meminta Apple memasukkan semula aplikasi Fortnite ke platform App Store.

Tuntutan mahkamah yang dibuat oleh pihak pembangun Epic Games telah membangkitkan isu berkaitan monopoli yang telah dipraktikkan sekian lama oleh syarikat gergasi Apple.

Pihak hakim juga bersetuju dengan dakwaan pihak Apple tentang pelanggaran persetujuan pembangun Epic Games dan perlu membayar ganti rugi lebih daripada $3.5 juta (~RM14.4 juta) kepada syarikat Apple.

Jika diperhalusi perkembangan terbaru ini, Epic Games secara tidak langsung telah berjaya menyuarakan hak pihak pembangun yang lain serta turut bersetuju dengan tuntutan yang ditetapkan. Pihak pembangun kini boleh mempunyai persaingan yang sihat dalam platform digital tersebut dan berurusan bersama pelanggan secara terus dengan lebih telus.

Fortnite pada tahun lalu tampil dengan sebuah video memerli iklan Apple berikutan isu yang berlaku.

Disekat Kerana Langgar Peraturan, Fortnite Hadir Dengan Video ‘Perli’ Iklan Apple

Terjual Hampir 16,000 Unit, Lelaki Ini Dedahkan Tentang ‘Scam’ Penjualan Kad Memori Tiruan

Malaysia Menduduki Tangga Keenam Dalam Isu Buli Siber Di Peringkat Global

Sumber