Sudah menjadi kewajipan buat syarikat gergasi seperti LG melakukan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam membantu kebajikan masyarakat dan juga organisasi terutamanya waktu pandemik ini. Terbaharu, LG Electronics dilaporkan telah menyumbangkan pelitup muka pintar mereka iaitu LG PuriCare yang bernilai RM93,000 kepada petugas barisan hadapan.

Terdapat empat buah hospital yang tersenarai untuk menerima pelitup muka tersebut termasuklah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang. Ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak LG dalam menyatakan penghargaan kepada petugas-petugas di barisan hadapan.

Sumber Gambar: Facebook LG

Harapan mereka juga agar dengan penggunaan pelitup muka ini dapat memastikan petugas-petugas sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa digunakan dalam tempoh yang lama. Pelitup muka PuriCare ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan serta rekaan yang ergonomik bersamanya.

Kehadiran teknologi Wearable Air Purifiers yang dilengkapi sistem H13 HEPA yang dikatakan mampu menapis sehingga 95.95% partikel berbahaya di udara lebih-lebih lagi kepada mereka yang sering terdedah dengan persekitaran yang mengandungi virus bawaan udara.

Sebelum ini juga, pernah tular di seluruh Malaysia apabila YB Tajuddin turut memakai pelitup muka pintar keluaran LG ini yang bernilai RM1,699.

https://www.thevocket.com/dilengkapi-teknologi-pembersihan-udara-pelitup-muka-bernilai-rm1699-yb-tajudin-jadi-perhatian-netizen/

BioVYZR, Pelindung Muka Bangsawan Yang Mampu Halang Semua Jenis Virus Di Udara

Sumber