Syarikat LG telahpun mengumumkan secara rasmi akan meninggalkan pasaran telefon pintar pada akhir bulan ini. Sebelum ini juga sudah terdapat laporan mengenai perbincangan antara pihak LG dan Apple mengenai penjualan iPhone di kedai mereka.

Melalui laporan yang telah dibuat daripada media Korea Selatan, pihak LG telah bersetuju untuk menjual produk Apple termasuk, iPhone, iPad dan Apple Watch menerusi 400 rangkaian kedai di seluruh Korea Selatan mulai Ogos ini.

vocket-tech-news-apple-korean-2
Sumber Gambar: Apple

Namun begitu, komputer Mac tidak akan dijual memandangkan akan memberikan saingan yang hebat terhadap komputer hasil keluaran mereka. Samsung masih menjadi pemegang majoriti dalam pasaran telefon pintar dengan 67% berbanding Apple yang hanya memegang sekadar 22% pada suku pertama 2021.

Langkah drastik yang diambil oleh Apple telah memberi kesan kepada pasaran Korea Selatan serta persaingan yang hebat kepada Samsung. Menerusi pelancaran telefon pintar lipat keluaran Samsung pada bulan hadapan, ia dilihat masih boleh mengukuhkan pemegang majoriti pasaran berkenaan. Mungkin kita akan lihat lebih banyak kejutan daripada Apple selepas ini.

Terbaharu, Apple bakal memperkenalkan iPhone SE baharu dengan sokongan 5G pada 2022. 

Apple Bakal Memperkenalkan iPhone SE Baharu Dengan Sokongan 5G Pada 2022

Machines Tawarkan Promosi iPhone 12 Dengan Harga RM410 Lebih Rendah