LG telah memperkenalkan pelitup muka pintar iaitu LG Puricare Wearable Air Purifier pada tahun yang lalu. Pelitup muka ini hadir dengan sistem H13 HEPA yang mampu menapis sehingga 99.95% partikel kecil di udara. Pelitup muka yang bakal hadir ini telah dinaik taraf daripada versi yang diperkenalkan Julai lalu.

Fungsi terbaru pada pelitup muka ini adalah teknologi VoiceOn di mana suara yang dihasilkan lebih jelas dengan menggunakan pembesar suara dan mikrofon terbina.

vocket-tech-news-mask-lg-1
Sumber Gambar: LG

Rekaannya yang ergonomik membolehkan pelitup muka ini dipakai dengan selesa pada setiap hari. Selain itu, terdapat dua kipas pada kedua-dua belah bahagian dengan sensor yang membolehkan anda mengawal kadar aliran udara dengan kadar di antara 10-55 Liter seminit.

vocket-tech-news-mask-lg-2
Sumber Gambar: LG

LG bakal membuka pra-tempahan pelitup muka ini di Malaysia bermula 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2021 dengan harga promosi RM749 seunit.Bagi anda yang melakukan pra-tempahan bakal menerima sejumlah kit tambahan bagi kegunaan pada pelitup muka tersebut.

Selepas tempoh pra-tempahan pelitup muka pintar ini akan ditawarkan pada harga asal iaitu RM849 dan pakej permulaan pula RM902.

Sekitar awal bulan ini, Razer memaklumkan sedia menjalankan ujian beta bagi pelitup muka pintar terbaru mereka bagi pengguna yang berminat.

Razer Sedia Jalankan Ujian Beta Bagi Pelitup Muka Pintar Zephyr Buat Mereka Yang Berminat

BioVYZR, Pelindung Muka Bangsawan Yang Mampu Halang Semua Jenis Virus Di Udara

https://www.thevocket.com/dilengkapi-teknologi-pembersihan-udara-pelitup-muka-bernilai-rm1699-yb-tajudin-jadi-perhatian-netizen/

Sumber