Jenama LG sememangnya tidak asing lagi di dalam pengeluaran pelbagai produk teknologi bagi pengguna dunia. Walaupun syarikat LG sangat terkenal dengan produk perkakasan rumah di pasaran, telefon pintar pula tidak mendapat perhatian yang seperti diharapkan dalam persaingan dengan jenama gergasi yang terkenal lain.

LG secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghentikan pasukan dan barisan penghasilan telefon pintar pada Isnin lalu. LG akan mula menfokuskan penghasilan perkakasan rumah buat masa ini. Tambahan, Syarikat LG akan terus beri kemas kini sokongan sistem operasi telefon yang yang sedia ada untuk beberapa tahun lagi.

Vocket-LG-Henti-Telefon-konten-1
Sumber Gambar : PhoneArena

Walaupun syarikat LG memberi jaminan untuk memberi sokongan perisian untuk beberapa tahun akan datang, pasti ramai pengguna akan mencari peranti yang lebih terkenal kerana sokongan kemas kini dan alat ganti lebih terjamin. Nampaknya syarikat LG sangat yakin untuk membuat keputusan ini setelah mencatatkan keuntungan yang tinggi dalam penjualan perkakasan rumah pada tahun lepas.

Sebelum ini juga, Syarikat LG juga dilaporkan telah menjual telefon pintar yang belum dikeluarkan secara rasmi dengan unit terhad hanya ekslusif untuk pekerjanya di Korea sahaja. Namun,  jualan telefon pintar itu menghadapi masalah kerana terlalu ramai membuat pesanan bagi mendapatkan model tersebut.

Vocket-LG-Henti-Telefon-konten-2
Sumber Gambar : CNN

Walaupun pelbagai inovasi yang hebat telah dicipta bagi telefon pintar oleh syarikat LG, sepertinya tidak dapat menarik minat dan memenuhi kriteria yang diinginkan oleh pengguna masa kini. Pembeli telefon pintar jenama LG sebelum ini pasti akan lebih menghargai telefon tersebut kerana akan menjadi barang yang rare pada masa hadapan.

Sementara itu, anda boleh membaca artikel terkini yang kami kongsikan di Vocket Tech. 

Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Bakal Menerima Kemas Kini iOS 15

ASUS Lancarkan Zenfone 8 Series Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM2,699

vivo Sedia Lancarkan V21 5G Exclusive Edition Secara Atas Talian Pada Hari Ini