Adakah tahu anda akan kewujudan kiosk kad debit Maybank yang boleh digunakan untuk menggantikan kad yang sudah rosak ataupun tamat tempoh? Kini anda berpeluang mempelajari cara ganti kad debit Maybank dengan mudah dan pantas menerusi kiosk sahaja.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @ejal.asv, beliau telah mengajar cara ganti kad debit Maybank menerusi kiosk yang dikenali sebagai Express Debit Card Replacement Kiosk Maybank yang terletak di Setia Alam. Oleh itu, mari kita pelajari bagaimana cara penggantian dibuat dengan lebih terperinci.

  1. Masukkan kad debit.
  2. Tekan nombor pin.
  3. Masukkan MyKad/IC pada ruangan slot yang disediakan.
  4. Letakkan ibu jari untuk pengesahan identiti menggunakan ThumbPrint.
  5. Tunggu kad debit baru anda siap.
  6.  Selepas selesai, anda boleh mengambil kad baharu yang disediakan.

Menariknya, anda boleh membuat penggantian kad tersebut secara walk-in tanpa perlu sebarang temu janji. Malah, kiosk Maybank ini sebenarnya sudah berada di serata cawangan Maybank Malaysia yang boleh digunakan oleh orang ramai. Anda boleh di klik di pautan ini untuk melihat alamat lokasi bagi setiap negeri yang terperinci.

https://www.tiktok.com/@ejal.asv/video/7060198826660891931

Di samping itu, anda juga boleh menggunakan secara percuma sahaja dan boleh mendapatkan kad tersebut serta-merta. Fasiliti kiosk ini sememangnya memudahkan orang ramai untuk mendapatkan kad baharu secara terus, sementara penggantian kad secara atas talian pula mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk tiba di tangan anda.

Perlu diingatkan sekiranya berlaku kehilangan pada kad debit yang digunakan, anda sama sekali tidak boleh menggunakan mesin ini kerana perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak bank terlebih dahulu serta melaporkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

cara tukar debit kad
Sumber Gambar: Twitter

Semoga dengan perkongsian tutorial cara ganti kad debit Maybank ini dapat dimanfaatkan oleh anda lebih-lebih lagi yang berada berdekatan lokasi kiosk tersebut. Prosesnya yang singkat sudah pasti memudahkan anda untuk mendapatkan kad baharu tanpa perlu beratur panjang dan membuat temu janji lagi.

Sementara itu, anda juga boleh mempelajari cara menukar kad debit Maybank secara dalam talian dengan mudah menerusi pautan di bawah.

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Ganti MyKad Rosak Atau Hilang Secara Online

Sumber