Laptop lebih cenderung untuk mempunyai jangka hayat yang agak pendek dengan jangkaan sekitar tiga tahun ke lima tahun sahaja. Selepas itu, laptop berkenaan sukar dibaiki dan lebih teruk lagi ia terus tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu, anda mesti mengetahui cara mendapatkan semula fail-fail penting pada laptop tersebut.

Menerusi perkongsian  akaun TikTok @amanjadi, beliau telah menjawab persoalan bagaimana cara mendapatkan semula fail daripada laptop yang rosak dengan betul. Sebahagian daripada kita mungkin masih menyimpan pelbagai fail penting pada laptop yang rosak sebelum ini dan ingin mengakses fail tersebut jika tahu caranya.

@amanjamadi

Reply to @momoypioritta Harap2 hard disk dekat laptop rosak tu boleh detect lagi. Yang penting, cari technician yang trusted macam IT.Geeks. #TikTokGuru #LearnOnTiktok #JomBelajar #Geekits #itgeeks

♬ Sneaky Snitch – Kevin MacLeod

Secara dasarnya, sebarang fail masih boleh diselamatkan daripada laptop berkenaan selagi mana hard disk sama ada jenis HDD atau SSD yang masih boleh berfungsi. Pertama sekali, anda perlu membawa laptop itu pergi ke kedai komputer berdekatan yang dipercayai sekiranya tidak arif berkaitan perihal komputer.

Perlu diingatkan yang anda perlu membawa external hard disk atau pendrive untuk proses backup nanti. Kemudian, anda boleh meminta bantuan juruteknik untuk menggeluarkan hard disk yang berada di dalam laptop tersebut. Selepas itu, anda turut perlu melakukan backup supaya fail yang tersimpan boleh dieskport ke dalam peranti storan yang dibawa.

cara mendapatkan semula fail
Sumber Gambar: Tech Advisor

Sekiranya anda risau akan privasi seperti gambar atau video peribadi dari dicerobohi oleh orang lain, anda boleh lakukan sendiri proses backup tersebut dengan mendapatkan sebuah alat yang dikenali sebagai external hard disk enclosure dan selepas itu anda boleh mengekstrak data daripada hard disk berkenaan.

Dalam masa yang sama, hard disk juga mempunyai tahap kesihatan yang boleh merundum dalam jangka masa panjang. Sekiranya tahap kesihatan hard disk anda mencapai 0%, sebarang fail yang tersimpan sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Akan tetapi, selagi ia boleh diakses dan masih berfungsi, anda masih berpeluang menyelamatkan fail-fail tersebut.

cara mendapatkan semula fail
Sumber Gambar: Linus Tech Tips

Kini anda sudah mengetahui bagaimana cara mahu mendapatkan semula fail yang tersimpan pada laptop rosak. Sebagai langkah berjaga, anda juga boleh menyemak tahap kesihatan hard disk pada laptop yang sedang digunakan menerusi perisian yang disediakan oleh pihak pembangun ataupun memuat turun perisian alternatif di internet.

Sementara itu, terdapat beberapa tip penting dan mudah penjagaan laptop yang anda boleh pratikkan supaya tahan lebih lama.

Ini Tip Penting Dan Mudah Penjagaan Laptop Supaya Tahan Lebih Lama

Perbezaan Antara Laptop Jenis Notebook, Ultrabook, MacBook, Chromebook Dan 2-in-1

Sumber