Apple hari ini telah membuat kejutan dengan memperkenalkan sebuah jam tangan pintar yang lebih versatil dan berkuasa untuk mereka yang aktif dalam melakukan aktiviti lasak atau eksplorasi luar yang dinamakan Apple Watch Ultra.

Mari kita lihat spesifikasi secara terperinci jam tangan terbaharu yang diperkenalkan oleh Apple. Model ini sememangnya sesuai buat mereka yang mahu sebuah jam pintar Apple yang mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik untuk kegunaan seharian.

Apple Watch Ultra

Sumber Gambar: Youtube

Apple Watch Ultra hadir dengan rekaan yang dikemaskini dengan skrin lebih besar serta sebuah butang khusus baharu pada bahagian kiri jam. Jam tangan pintar ini turut hadir dengan sokongan selular sepenuhnya. Apple Watch Ultra turut hadir dengan pilihan kerangka titanium 49mm.

Butang pada bahagian tepi jam ini boleh diubah mengikut citarasa pengguna untuk mengakses pantas sejumlah perkara dengan hanya satu tap. Dengan fungsi ini, anda boleh melihat sejumlah informasi dengan pantas ketika melakukan sesuatu aktiviti.

Lebih menakjubkan, jam ini boleh digunakan untuk aktiviti lasak menyelam sehingga 100 kaki atau 40 meter. Ini merupakan jam pintar pertama yang mempunyai kebolehan kalis air melebihi tahap berenang atau snorkeling. Tekanan tinggi ketika menyelam sudah pasti memerlukan teknologi dan kreativiti lebih unik memandangkan cabaran kalis air yang lebih tinggi.

Ternyata, kebolehan untuk digunakan untuk aktiviti lasak yang lebih extreme meninggalkan pesaing-pesaing Apple Watch dalam pasaran jam pintar.

Sumber Gambar: Youtube

Paling menarik sekali, jam pintar ini mempunyai ketahanan bateri sehingga mencapai 60 jam lamanya dengan tetapan kuasa rendah. Seperti Apple Watch lain, pelbagai ciri terkini turut disertakan termasuklah untuk denyutan nadi, pemantauan suhu, memantau tahap oksigen dalam darah dan lain-lain.

Mengulas mengenai harga, Apple Watch Ultra sedia ditawarkan pada harga RM3,799. Para pembeli turut berpeluang memilik seleksi jenis dan warna tali mengikut kesesuaian. Kehadiran model ini sekaligus menjadi jawapan Apple kepada mereka yang meminati sukan ekstrim serta mahukan lebih banyak fungsi pada sebuah smartwatch.

Sumber