Umum tahu sejak Apple memperkenalkan Apple AirPods, dapat dilihat jenama-jenama lain turut mengikuti trend yang sama dalam memperkenalkan earphone tanpa wayar dengan rekaan dan warna yang hampir sama seperti Apple AirPods.
Salah satu jenama yang turut mengikuti trend semasa ini adalah OnePlus yang baru-baru ini memperkenalkan OnePlus Buds. Walau bagaimanapun, jenama ini nampaknya melalui jalan yang sukar melepasi kastam Amerika Syarikat apabila pihak kastam Amerika Syarikat telah merampas OnePlus Buds kerana berpendapat model ini adalah klon Apple AirPods.
Hey, give those back! 🙃
— OnePlus_USA (@OnePlus_USA) September 14, 2020
Difahamkan sebanyak 2,000 OnePlus Buds bernilai $398,000 (RM1.64 juta) telah dirampas meskipun jenama serta nama model terpapar dengan jelas pada kotak tersebut.
Isu menjadi lebih panas apabila pihak kastam Amerika Syarikat memaklumkan mereka tidak melakukan sebarang kesilapan berdasarkan rampasan yang dibuat. Sebaliknya, rekaan OnePlus Buds yang mirip seperti Apple AirPods serta melanggar konfigurasi tanda dagang Apple yang didaftarkan antara yang membuatkan model ini dirampas.
Pihak CBP juga turut mengarahkan OnePlus untuk memberi bukti yang kukuh dimana jenama ini tidak meniru rekaan Apple. Setakat ini, masih belum terdapat maklum balas daripada pihak OnePlus mengenai kenyataan terbaru CBP ini.
Tonton review penuh kami mengenai OnePlus Buds dengan klik pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/vocket-review-oneplus-buds-true-wireless-headset-pertama-dengan-fungsi-pengecasan-pantas/
https://www.thevocket.com/oneplus-nord-kini-ditawarkan-secara-rasmi-dengan-harga-rm1799/