Sewaktu musim pandemik ini semua aktiviti telah berubah daripada fizikal terus ke dalam talian termasuk pembelajaran. Pihak Kaspersky telah melakukan satu kajian dalam usaha untuk mengetahui lebih lanjut tentang prestasi pelajar sepanjang pembelajaran secara atas talian.

Berdasarkan daripada kajian yang telah dibuat oleh penyelidik Kaspersky, mereka mendapati lebih daripada separuh pelajar-pelajar di Asia Tenggara tidak gemar dengan pembelajaran secara atas talian disebabkan oleh beberapa faktor.

vocket-tech-news-student-2
Sumber Gambar: Focusasia

Kaspersky menyatakan bahawa lebih daripada 55% pelajar di rantau Asia lebih selesa belajar secara bersemuka di dalam kelas berbanding secara atas talian. Walau bagaimanapun, peratusan ini dikira rendah kalau dibandingkan dengan negara-negara lain yang menunjukkan lebih cenderung dengan cara pembelajaran konvesional.

Dilaporkan lebih daripada 74% pelajar sekolah di Asia tidak gemar dengan pembelajaran secara atas talian oleh kerana tempoh masa yang terlalu lama berada di hadapan skrin. Selain itu, masalah liputan dan sambungan internet yang tidak memberangsangkan sewaktu mengikuti sesi pembelajaran antara yang turut menjadi punca.

vocket-tech-news-student-1
Sumber Gambar: focusmalaysia

Seramai 57 pelajar Asia mengatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk memahami subjek yang dipelajari secara atas talian berbanding secara bersemuka di kelas.

Antara mata pelajaran yang paling sukar untuk dipelajari secara atas talian adalah pelajaran matematik dengan 48%, diikuti kimia dengan 28% serta fizik dan biologi dengan 25%.

Data ini telah diambil oleh Kaspersky dari bulan April hingga Mei pada tahun ini. Dalam isu ini, kerajaan Malaysia telah mempertingkatkan usaha dalam penawaran liputan jalur lebar ke setiap pelusuk tempat bagi pengalaman pembelajaran yang lebih baik selepas ini.

Baru-baru ini, syarikat Serba Dinamik telah melancarkan MySurFi yang merupakan usaha dalam menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan terpencil.

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

SKMM Sahkan Majoriti Pengguna Di Malaysia Menggunakan Pelan Prabayar

Sumber