Sejak pandemik COVID-19 melanda, permintaan penggunaan internet mudah alih dapat dilihat peningkatan yang ketara bagi menjalankan pelbagai tugasan oleh setiap isi rumah. Hal ini menyebabkan lebih banyak syarikat penyedia rangkaian menawarkan pelbagai pelan yang baru bagi memenuhi permintaan pengguna.

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malysia (SKMM) telah menyediakan laporan tahunan berkenaan perkembangan telekomunikasi sepanjang tahun yang lalu. Kandungan laporan telah memaparkan bahawa sebanyak 43.72 juta langganan talian mudah alih telah dibuat pada tahun 2020.

vocket-tech-news-mobile-1
Sumber Gambar: Laporan IPR

Dalam pada itu, angka langganan pada tahun lalu dilihat terdapat penurunan sebanyak 2.0% berbanding dengan tahun 2019 yang mempunyai sebanyak 44.6 juta langganan. SKMM berpendapat penurunan ini berlaku ekoran pandemik COVID-19 yang membuatkan orang ramai menukar pelan langganan dan menggurangkan jumlah langganan yang sedia ada.

Menerusi jumlah keseluruhan langganan talian berkenaan, majoriti besar daripada talian mudah alih adalah melalui prabayar di mana sejumlah 30.15 juta langganan telah dibuat oleh pengguna di Malaysia. Selebihnya dalam 13.57 juta langganan adalah langganan pascabayar.

Berdasarkan laporan ini dapat dilihat rakyat Malaysia lebih memilih penggunaan prabayar memandangkan pelan yang ditawarkan sudah dapat memenuhi keperluan aktiviti seharian serta tidak terikat dengan sebarang kontrak.

Di samping itu, rakyat Malaysia juga dilihat masih bergantung dengan pembayaran secara tunai berbanding menggunakan E-Wallet. 

SKMM Sahkan Rakyat Malaysia Masih Bergantung Kepada Pembayaran Secara Tunai Berbanding E-Wallet

50 Daerah Dengan Jumlah Aduan Masalah Tertinggi Rangkaian Telekomunikasi Di Malaysia

Sumber