Kebiasaanya pengguna akan membuat semakan melalui aplikasi Opensignal untuk mendapatkan informasi liputan rangkaian di sekitar kawasan itu. Maklumat yang disediakan dapat memudahkan pengguna untuk membuat pilihan perkhidmatan telekomunikasi yang bersesuaian.

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merasmikan sebuah portal JENDELA yang menyediakan informasi mengenai tahap kualiti serta liputan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Terdapat tiga menu yang disediakan di dalam laman web iaitu peta liputan, maklum balas pengguna dan status maklum balas.

Portal JENDELA hadir dengan beberapa fungsi untuk pengguna seperti menyemak perkhidmatan rangkaian yang tersedia, kekuatan sambungan rangkaian, lokasi WiFi atau internet yang tersedia di sekitar kawasan tersebut dan lain-lain lagi.

vocket-tech-news-jendela-1
Sumber: Jendela

Anda dinasihatkan memberi maklum balas ke portal JENDELA untuk mendapatkan informasi dengan lebih tepat mengenai rangkaian di kawasan tersebut bagi rujukan orang ramai.

Aplikasi Peta JENDELA dijangkakan akan turut hadir pada masa akan datang bagi memudahkan pengguna mengakses daripada telefon pintar sahaja.

vocket-tech-news-jendela-2
Sumber: Jendela

Setakat artikel ditulis, laman ini gagal diakses oleh pengguna ekoran trafik yang tinggi. Anda boleh mencuba fungsi ini melalui laman rasmi portal JENDELA apabila ia sudah kembali pulih.

Usaha yang dilakukan berpeluang memudahkan orang ramai untuk mengakses informasi dengan cepat serta lebih dipercayai. Semoga lebih banyak fungsi yang akan disertakan pada masa akan datang.

Sementara itu, Telekom Malaysia dilaporkan sedang mencari rakan kerjasama platform penstriman bagi menawarkan konten yang lebih menarik buat pengguna di luar sana.

Telekom Malaysia Dilaporkan Sedia Bekerjasama Dengan Platform Penstriman Video

173,000 Pelanggan TM Dilaporkan Masih Lagi Menggunakan Rangkaian Streamyx

Sumber