Penggunaan internet telah menjadi sebahagian perkara penting yang perlu ada untuk melancarkan aktiviti harian pengguna. Rata-rata pengguna masih menggunakan data memandangkan ia lebih senang untuk diakses.

Menurut Laporan Suku Tahun Ketiga Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merekodkan sebanyak 120,885 aduan rangkaian yang dibuat oleh pengguna.

vocket-tech-news-skmm-1

Majoriti aduan yang diterima ekoran isu perkhidmatan rangkaian 4G yang tidak memuaskan di kawasan pengguna tersebut. Berdasarkan rekod yang disediakan oleh JENDELA, pengguna yang tinggal di sekitar Johor Bahru mempunyai jumlah aduan yang tertinggi iaitu sebanyak 5,008.

Seterusnya, ia diikuti oleh pengguna di sekitar Petaling dengan jumlah aduan sebanyak 4,000 serta Kuala Lumpur dengan jumlah 3,785 aduan, Seremban dengan 3,279 aduan dan kawasan Klang yang mempunyai aduan sebanyak 3,158.

Berikut merupakan senarai penuh daerah penduduk yang paling banyak membuat aduan masalah rangkaian telekomunikasi dari awal Januari sehingga 30 Jun 2021.

vocket-tech-news-aduan-1

Rangkaian telekomunikasi dilihat perlu membuat penambah baikan dalam memberikan servis liputan yang lebih baik kepada pengguna di Malaysia. Dengan penggunaan internet yang banyak untuk aktiviti seharian, pasti pengguna memerlukan sambungan internet yang stabil dan baik.

Berikut pula merupakan 19 negara yang mempunyai kelajuan internet 5G terpantas di dunia yang anda boleh ketahui. Dan masih terdapat 173,000 pelanggan TM yang dilaporkan masih menggunakan rangkaian Streamyx.

19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia

173,000 Pelanggan TM Dilaporkan Masih Lagi Menggunakan Rangkaian Streamyx

Sumber