Pada hari ini, orang ramai bebas memilih pelbagai jenis pelan selular yang dapat memenuhi keperluan seharian masing-masing. Majoriti syarikat telekomunikasi tampil hadir dengan pelan mampu milik sehinggalah ke pelan yang paling mahal.

Menurut laporan laman Cable.co.uk, pelan data selular di Malaysia menduduki tangga ke-27 termurah di dunia dalam masa yang sama berada di tangga ke-3 paling murah di rantau Asia. Secara purata kos untuk 1GB data di Malaysia ialah RM2 sementara kos paling murah yang direkodkan setakat ini serendah RM0.49 dan paling mahal pula mencecah RM24.

Sumber Gambar: Cable.co.uk

Negara dengan pelan data selular paling murah di dunia buat masa ini adalah Israel dengan kos RM0.18/GB diikuti oleh Itali dengan kos RM0.53/GB, San Marino dengan kos RM0.62/GB, Fiji dengan kos RM0.67 dan di tangga ke-5 iaitu India hadir dengan kos RM0.76/GB. Sementara kos paling termahal di dunia mencecah RM182 di St Helena.

Di rantau Asia Tenggara pula, negara dengan pelan data selular termurah adalah Thailand dengan harga RM1.69/GB diikuti Kemboja pada nilai RM1.87/GB.

Harga mampu milik ini mungkin bakal diimplemen pada pelan selular 5G juga selaras dengan sasaran K-KOMM untuk menawarkan rangkaian internet berkelajuan tinggi pada harga yang rendah. Malah, liputan rangkaian 5G juga dilihat sedang giat diperluaskan agar lebih ramai pengguna tempatan boleh mengaksesnya.

Sebelum ini, kerajaan Negeri Perak telah pun menyasarkan sebanyak 98 tapak rangkaian 5G bakal tersedia menjelang Oktober tahun ini.

Perak Sasarkan 98 Tapak Rangkaian 5G Menjelang Oktober 2022

Kerajaan Pulau Pinang Sudah Mulakan Ujian 5G Di Tiga Lokasi Sekitar George Town

Sumber