Kerajaan Pulau Pinang kini sudah berkongsi maklumat berkaitan ujian perintis 5G yang sudah mulai dijalankan dengan membangunkan infrastruktur spektrum jalur lebar 5G di tiga lokasi sekitar George Town.

Kerajaan Pulau Pinang mengatakan mereka sedang melaksanakan sendiri ujian rintis di tiga lokasi George Town kerana melihat masih tiada hala tuju berkenaan syarikat mana yang akanĀ  mengendalikan rangkaian 5G.

Sumber Gambar: Maryland Matters

Projek ini dilaksanakan dalam menguji ketersedian pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran dan juga kerajaan negeri dalam menerima perkhidmatan 5G termasuk penyediaan infrastruktur yang diperlukan .

Dari pihak DNB pula, mereka sebelum ini telah menyatakan sedang membangunkan beberapa tapak 5G di negeri tersebut namun masih tidak diketahui lagi bilakah pengenalan rasminya.

Setakat hari ini, hanya syarikat YES sahaja yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, kerajaan sudah menetapkan tarikh 30 Jun 2022 ini buat semua syarikat telekomunikasi untuk memeterai perjanjian bersama pihak DNB untuk pelaksanaan 5G kelak.

Baru-baru ini telah direkodkan peningkatan jualan peranti 5G sebanyak 51% buat pertama kalinya pada tahun ini.

Jualan Peranti 5G Meningkat Sebanyak 51% Berbanding Peranti 4G Buat Pertama Kalinya Tahun Ini

First Ambulance Bersama YTL Comm Lancarkan Ambulans Pintar 5G Buat Kali Pertama Di Malaysia

Sumber