Berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk pelancaran rasmi siri model iPhone yang ke-14. Walaupun peranti ini masih belum dilancarkan lagi, kini sudah pun timbul spekulasi berkenaan iPhone 15 sekali lagi yang dikongsikan daripada penganalisa terkemuka, Ming-Chi Kuo.

Menerusi spekulasi awal ini, difahamkan sistem kamera periskop akan digunakan oleh iPhone tetapi hanya terhad kepada model iPhone 15 Pro Max. Beliau mengatakan sistem periskop ini akan dipadankan dengan sensor 1/3″ 12MP dengan lensa f/2.8.

Sumber Gambar: Cult of Mac

Sistem penstabilan sensor shift yang sedia ada bakal ditambah dengan kemampuan melakukan zum digital sehingga 6x dengan baik. Pada barisan seterusnya iPhone 15 Pro Max barulah akan dilengkapi mekanisme zum periskop. Model lain akan hanya menggunakan zum digital.

Dalam pada itu, prestasi kamera ini masih bagi tujuan zum masih dibelakang Galaxy S22 Ultra yang mana boleh melakukan zum optikal sehingga 10X. Strategi ini dilihat selari dengan sasaran mereka untuk menjual lebih banyak model barisan Pro berbanding yang biasa.

Sementara itu, Nikon baru sahaja mengesahkan tidak akan mengeluarkan kamera SLR dan hanya menfokuskan kepada mirrorless sahaja.

Mahu Fokus Kepada Mirrorless, Nikon Sahkan Tidak Akan Keluarkan Lagi Kamera SLR

Sony Jangkakan Kemampuan Kamera Telefon Pintar Melangkaui DSLR Seawal 2024