Pengeluar kamera profesional popular dari Jepun, Nikon kini dilaporkan tidak akan lagi mengeluarkan sebarang model kamera SLR. Setelah lebih 60 tahun berkecimpung secara profesional dalam pembuatan kamera SLR, nampaknya mereka mahu beralih fokus kepada teknologi kamera yang lebih terkini.

Menurut laporan terkini Nikkei Asia, Nikon akan menfokuskan kepada pengeluaran model-model kamera mirrorless serta teknologi digital yang lebih moden. Malah, kewujudan persaingan telefon turut memberikan kesan yang besar  kepada perniagaan kamera Nikon.

Sumber Gambar: Digital Camera World

Industri kamera SLR sendiri memperlihatkan jumlah penjualan yang merundum sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kamera mirrorless pula dilihat lebih diminati pengguna hari ini berbanding SLR. Ditambah pula kamera mirrorless telah pun mengatasi kamera SLR dari segi angka jualan.

Buat masa ini, Nikon dijangka akan masih mengekalkan pengeluaran model SLR sedia ada seperti biasa dalam masa yang sama menfokuskan kepada kamera mirrorless. Pesaing utama Nikon iaitu Canon juga dilaporkan akan mengikut jejak Nikon untuk memberhentikan pengeluaran SLR dalam beberapa tahun mendatang.

Sebelum ini juga, syarikat gergasi Sony telah menjangkakan kemampuan kamera telefon pintar boleh melangkaui DSLR menjelang tahun 2024 kelak.

Sony Jangkakan Kemampuan Kamera Telefon Pintar Melangkaui DSLR Seawal 2024

Samsung Dilaporkan Sedang Bangunkan Kamera Sensor Sebesar 200 Megapixel Buat Siri Galaxy S23