Boleh dikatakan orang ramai kini sangat bergantung pada kamera yang tersedia pada telefon pintar untuk kegunaan seharian. Jadi, tidak hairanlah semakin banyak syarikat pengeluar peranti pada hari ini lebih menfokuskan kepada teknologi kamera untuk memberikan gambar dan video yang lebih baik.

Terbaharu, presiden Sony Semiconductor Solutions (SSS), Terushi Shimizu mengatakan bahawa beliau percaya gambar yang diambil dari telefon pintar akan melangkaui gambar yang dihasilkan oleh kamera DSLR menjelang 2024.

Sumber Gambar: ako news

Semua ini boleh dijayakan dengan adanya penggunaan sensor lebih besar dan bantuan dari sistem kecerdasan buatan terbina dalam kameranya. Malah, kini kemampuan beberapa kamera telefon pintar flagship sudahpun berjaya menandingi kamera digital yang dikeluarkan beberapa tahun sebelum ini.

Dengan menjalankan kajian serta penggunaan teknologi pada hari ini, ramalan Terushi Shimizu dilihat berpotensi untuk menjadi kenyataan. Para pencipta konten pula sudah pasti tidak sabar untuk memiliki telefon pintar serba canggih ini pada masa kelak.

Selain Sony, Samsung juga dilaporkan sedang membangunkan kamera sensosr sebesar 200 megapixel untuk siri Galaxy S23.

Samsung Dilaporkan Sedang Bangunkan Kamera Sensor Sebesar 200 Megapixel Buat Siri Galaxy S23

Kamera iPhone 14 Pro Dijangka Lebih Tebal Berikutan Penggunaan Sensor 48-Megapixel