Pelbagai spekulasi mengenai reka bentuk peranti iPhone baharu yang sedia dibincangkan oleh para peminat di internet. Belum lagi siri iPhone 14 diperkenalkan secara rasmi, kini mereka sudah membincangkan berkaitan siri iPhone 15 pula dengan pelbagai ciri menarik yang dijangkakan.

Menerusi laporan terbaharu, Apple dikatakan akan meletakkan kamera di bawah skrin bersama Face ID bermula dengan iPhone 15. Perkara ini selari dengan ura-ura iPhone 14 Pro yang bakal meninggalkan rekaan bertakuk dan sebaliknya menggunakan paparan berlubang yang unik.

Sumber Gambar: Business Insider

Malah laporan tersebut telah memperincikan lagi bahawa ciri ini akan eksklusif untuk model 15 Pro dan ia akan menggunakan teknologi kamera Samsung baharu. Samsung dalam perancangan untuk membangunkan Galaxy Z Fold 5 pada tahun depan dan jika ia berjaya maka bakal diadaptasi oleh iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Jika laporan ini benar, ini bermakna kita bakal melihat peranti iPhone dengan paparan skrin penuh tanpa lubang dan takuk seawal 2023. Bagaimanapun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dari semasa ke semasa kerana ia masih awal untuk dipastikan lagi.

Sementara itu, terdapat jangkaan hanya siri iPhone 14 versi Pro sahaja ditawarkan dengan cip pemprosesan Apple A16.

Jangkaan Hanya Siri iPhone 14 Versi Pro Ditawarkan Dengan Cip Pemprosesan Apple A16

Apple iPhone 14 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM Mencecah 8GB