Apple pada tahun ini berjaya mencuri perhatian dunia menerusi ciri unik yang ditawarkan pada model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max seperti kamera 48MP dan juga animasi interaktif dynamic island pada takuknya.

Menerusi perkongsian Bloomberg, Mark Gurman mengatakan bahawa siri paling berkuasa iPhone 15 akan dinamakan dengan nama iPhone 15 Ultra sekaligus menggantikan penggunaan nama Pro Max pada masa kelak.

Sumber Gambar: Ars Technica

Paling menarik sekali,  Apple dijangka bakal mengemas kini rekaan iPhone yang lebih ‘fresh’  serta mengubah penggunaan port pengecasan kepada USB-C menjelang tahun 2023 kelak.

Penjenamaan ini juga mungkin disebakan mahu diselaraskan dengan penggunaan jenama pada jam tangan pintar mereka yang terbaru iaitu Apple Watch Ultra. Sekiranya perubahan ini benar-benar terjadi, pasti ramai berminat mahu mendapatkan siri iPhone 15 Ultra apabila dijual pada masa hadapan.