Sebelum ini, kita sudah pun melihat ada jurutera yang berjaya mengubah suai iPhone dengan menyertakan port USB-C dan boleh digunakan seperti biasa. Perkara ini menjadikan ramai orang berpendapat bahawa pihak Apple memang berupaya untuk berbuat sedemikian juga.

Menerusi perkongsian penganalisan terkemuka, Ming-Chi Kuo, Apple dijangka bakal menggunakan USB-C pada iPhone bermula separuh tahun kedua 2023.  Penggunaan USB-C juga akan menyeragamkan penggunaan port yang sama seperti yang sudah tersedia pada produknya yang lain iaitu iPad dan Macbook.

Sumber Gambar: Pocketnow

Dengan langkah ini, ia bakal membolehkan proses pemindahan data yang lebih tinggi menerusi kabel sahaja. Berkemungkinan keputusan ini juga dibuat atas dasar mahu mengikuti polisi yang mewajibkan penggunaan USB-C oleh Kesatuan Eropah yang mana sudah pun berada di fasa akhir untuk memuktamadkannya.

Akan tetapi, Apple sebelum ini dilihat menentang peraturan tersebut. Malah terdapat laporan yang mengatakan Apple lebih sanggup menjadikan iPhone hadir tanpa sebarang port (portless) dari menggunakan USB-C pada iPhone.

Selain itu, Apple juga dilaporkan bakal melancarkan AirPods Pro generasi baharu menjelang pertengahan kedua pada tahun ini.

Apple AirPods Pro 2 Dijangka Akan Dilancarkan Menjelang Pertengahan Kedua 2022

Apple Umum Secara Rasmi Bakal Tamatkan Pengeluaran iPod Touch