Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan dengan berita berkaitan penjualan aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta yang sekaligus membolehkan akses kepada maklumat setiap penggunanya. Hal ini sedikit sebanyak menimbul keraguan orang ramai terhadap ketelusan aplikasi dalam menjaga privasi mereka.

Pada 27 Mac lalu, Anwar Ibrahim secara umum meminta kerajaan menjelaskan pelantikan MySJ dan pada hari tersebut dan jumlah daftar masuk di seluruh negara direkodkan sebanyak 19,279,238. Namun angka tersebut sudah menurun sehari sebelum itu di mana pada Jumaat lalu berjumlah 24,358, 225 namun turun mendadak ke 20,106,659 pada 26 Mac, Sabtu.

Bilangan daftar masuk ini kelihatan terus menurun berdasarkan pemerhatian setakat 29 Mac 2022, di mana daftar masuk yang dicatatkan pada hari tersebut hanya pada angka 18,308,911. Ini bermaksud bermula Jumaat minggu lalu hingga Selasa ini daftar masuk MySejahtera menurun sebanyak 25% kira-kira 6 juta pengguna.

Pada tarikh 28 Mac ini menjadi angka terendah sepanjang penggunaan MySejahtera tahun ini dengan hanya 18,038,569 daftar masuk. Setakat artikel ini ditulis, data untuk 30 Mac masih belum direkodkan di laman GitHub.

Sementara itu, anda boleh meneruskan bacaan dengan artikel-artikel terkini yang diterbitkan oleh penulis dengan klik pautan di bawah.

Lelaki Ini Dikesan Lilitkan Apple Watch Pada Rim Tayar Kereta Untuk ‘Stalk’ Bekas Kekasih

Lionel Messi Ikat Kontrak Bernilai Lebih RM84 Juta Bersama Syarikat Kriptowang Socios

Ekoran Krisis Ukraine-Rusia, Apple Dijangka Kurangkan Pengeluaran iPhone Dan AirPods

Sumber