Lionel Messi sekali lagi mencuri perhatian ramai pada minggu selepas berjaya mengikat kontrak selama 3 tahun bersama syarikat kriptowang Socios bernilai lebih $20 juta (~RM84 juta) dalam mempromosikan platform kriptowang berkenaan.

Untuk pengetahuan, penyertaan Lionel Messi dalam dunia kriptowang bukanlah perkara yang baru. Sebelum ini, perpindahan beliau dari Barcelona ke Paris Saint-Germain turut dibayar dalam bentuk kriptowang.

Menerusi kontrak yang dijanjikan, Messi bakal mempromosikan kriptowang Socios menjelang World Cup yang bakal berlangsung di Qatar pada November ini.

Sumber: socios

Mengulas mengenai Socios, syarikat bertanggungjawab dalam menghasilkan token kepada lebih 130 kelab sukan melibatkan PSG, Barcelona, Juventus dan Manchester City dalam membolehkan para peminat memilikinya dalam membantu hala tuju kelab.

Melihat kepada perkembangan kriptowang dalam menawarkan pelbagai fungsi buat para pemilik beserta penyertaan nama-nama besar, tidak mustahil dunia kriptowang akan menerima jumlah pelaburan yang lebih besar pada masa akan datang.

Tular pada minggu lalu Netflix dilaporkan bakal mengenakan bayaran tambahan buat akaun yang berkongsi berikutan peningkatan salah guna akaun.

Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi

Seorang Pengguna Shopee Didapati Berbelanja Lebih Daripada RM247,000 Pada Jualan 3.15

Sumber