Sebut mengenai Lionel Messi pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menjadi Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia serta menjadi pemain yang mengumpul anugerah Pemain Terbaik Dunia sepanjang sejarah berjaya membuatkan beliau mengumpul peminat yang ramai.

Beliau yang mencipta nama dan karier ini di Barcelona ini walau bagaimanapun telah mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia apabila dilaporkan tidak meneruskan kontrak bersama Barcelona dan seterusnya dilamar Paris Saint Germain (PSG) untuk menjadi pemain terbaru mereka.

skysports-lionel-messi-psg_5475634
Sumber: CNBC

Di sebalik tawaran gaji yang tinggi diterima, Lionel Messi dilaporkan turut menerima kriptowang berbentuk fan token atas penerimaan beliau menyertai PSG. Kriptowang berbentuk fan token ini diperkenalkan kelab bola sepak berkenaan dalam memudahkan para peminat mendapatkannya.

Dalam pada itu, jumlah kriptowang PSG yang diterima Lionel tidak dimaklumkan kepada umum. Melihat kepada hadiah yang diberikan, jelas menunjukkan kriptowang mempunyai masa hadapan yang cerah sekaligus mencipta sejarah dalam menghubungkan pemain bola sepak bersama aset digital ini.

Minggu ini turut menyaksikan aplikasi Binance yang popular di kalangan kriptowang tidak lagi ditawarkan di App Store selepas menerima amaran daripada SC.

Selepas Terima Amaran Oleh SC, Aplikasi Binance Sudah Tidak Lagi Ditawarkan Di App Store

Suruhanjaya Sekuriti Mengarahkan Binance Menutup Akses Platform Laman Web Dan Aplikasi Di Malaysia

Sumber