Pada hari ini, sejumlah syarikat teknologi gergasi sangat terkesan dengan pelbagai krisis yang berlaku di peringkat global sekaligus memberi efek kepada prestasi mereka. Apple juga tidak terkecuali di dalam hal ini lebih-lebih lagi ketika sedang berlakunya kemelut Ukraine-Russia sekaligus telah mengubah landskap ekonomi dunia.
Terbaharu, Apple dikatakan mungkin mengurangkan pengeluaran iPhone dan AirPods ekoran kesan inflasi dan krisis peperangan yang melanda di Ukraine ketika ini. Oleh itu, pengeluaran iPhone SE bakal dikurangkan sehingga 20% malahan sedia menggurangkan pengeluaran AirPods sehingga 10 juta unit untuk keseluruhan 2022 ini.
Bahkan, Apple juga diperkatakan sedang menyemak semula dan menggurangkan jumlah pengeluaran untuk model iPhone 13. Langkah ini diambil ekoran kesan peperangan tersebut membuatkan sebahagian pengguna di pasaran Eropah lebih mementingkan pembelanjaan bagi tujuan makanan dan barangan pemanasan di musim sejuk.
Sementara iPhone SE turut dilihat mempunyai jumlah permintaan yang rendah daripada yang dijangkakan oleh Apple. Populariti model ini masih kurang diberi perhatian oleh para pengguna yang mana lebih selesa mendapatkan model terbaharu yang dilengkapi teknologi terkini serta saiz yang lebih besar.
Untuk makluman, sudah menjadi kebiasaan untuk sesebuah syarikat menyesuaikan pengeluaran berdasarkan permintaan dan situasi semasa di peringkat global. Apple dilihat mengambil langkah lebih awal untuk menyelaraskan pengeluaran produk mereka berdasarkan situasi semasa dunia.
Sebelum ini juga, Apple sudah pun menghentikan jualam dalam talian untuk semua produk mereka di Rusia sebagai tanda protes ke atas serangan Ukraine.
Apple Henti Jualan Dalam Talian Untuk Semua Produk Mereka Di Rusia
Stesen Metro Moscow ‘Sesak’ Selepas Pembayaran Apple Dan Google Pay Tidak Lagi Beroperasi