Majoriti pengguna iPhone pasti telah melihat mesej notifikasi mengenai aplikasi yang ingin menjejak aktiviti mereka di sebalik peranti. Ini semua datang dari fungsi terbaru yang telah disediakan pada kemas kini iOS 14.5. Fungsi ini dikenali sebagai App Tracking Transparency.

Dengan kehadiran fungsi ini, pengguna akan lebih peka dengan setiap aplikasi yang dimuat turun jika ada sebarang aplikasi yang ingin mengambil maklumat aktiviti dan privasi di peranti mereka.

Aplikasi-aplikasi yang tersedia di App Store mempunyai agenda tersendiri dengan mengakses informasi peribadi anda untuk dijadikan sasaran penyiaran iklan atau lebih parah lagi dengan menjual data kepada syarikat atau broker di luar sana.

Cara untuk menghentikan app tracking

vocket-jejak-ios14-1
Sumber Gambar: MacRumor

Untuk kali pertama anda membuka aplikasi yang baru dimuat turun, anda bakal menerima notifikasi meminta kebenaran untuk menjejak aktiviti anda. Lalu, anda boleh terus klik “Ask App Not to Track“.

Apabila anda memilih untuk tidak membenarkan sebarang penjejakan, aplikasi tersebut tidak boleh mengakses sebarang maklumat sulit seperti lokasi, alamat email peribadi, senarai kenalan dalam telefon dan lain-lain.

Menguruskan kebenaran aplikasi aktiviti penjejakan

Selain itu, anda berpeluang membuat penukaran kebenaran secara manual untuk spesifik aplikasi atau terus menolak semua permintaan jejakan di peranti berkenaan.

vocket-jejak-ios14-3
Sumber Gambar: MacRumor
  1. Pergi ke Settings.
  2. Swipe ke bawah dan tekan Privacy.
  3. Pilih Tracking pada bahagian atas.
  4. Lepas itu anda boleh memilih samada ingin mengaktifkan atau menutup permintaan aplikasi penjejak di peranti anda.

Jika anda pilih untuk menutup “Allow Apps to Request to Track” di bahagian privacy, anda tidak akan menerima sebarang notifikasi mengenai aplikasi yang ingin membuat penjejakan aktiviti di peranti anda. Setelah itu, setiap aplikasi yang ingin menjejak anda akan dibatalkan serta-merta.

Selain itu, anda juga berpeluang boleh memberi keizinan kepada spesifik aplikasi yang anda mahukan di bahagian tracking. Dan anda juga boleh menolak sebarang penjejakan dari aplikasi tersebut pada bila-bila masa.

Setiap aplikasi yang telah dibatalkan keizinan penjejakan akan secara automatiknya tidak akan menerima Identifier for advertisers(IDFA). IDFA merupakan sebuah peranti pengecam yang digunakan untuk pihak pengiklanan bagi membuat kempen produk yang bersesuaian di peranti anda.

Langkah untuk pastikan Facebook tidak menjejak aktiviti anda

vocket-jejak-ios14-4
Sumbe Gambar: washington post

Walaupun anda sudah menutup fungsi penjejakan  Facebook di iPhone, platform Facebook masih berpeluang untuk mendapatkan informasi sebanyak mungkin dari anda. Untuk mengelakkan pihak Facebook daripada mengetahui semua aktiviti anda, boleh pergi ke bahagian “Settings & Privacy“lalu tekan “Privacy Shortcut” dan akhir sekali klik pada “View or clear your off-Facebook activity“.

Usaha Apple untuk menjaga privasi pengguna sememangnya patut dipuji. Pengguna seharusnya lebih peka dengan keselamatan privasi dan data yang boleh dimanipulasi oleh pihak luar. Anda boleh kongsi artikel ini untuk memberi manfaat kepada pengguna lain juga.

Sementara itu, anda juga boleh mempelajari cara mendapatkan iOS 15 Developer Beta di peranti iPhone dengan membaca artikel di bawah. 

Bagaimana Cara Untuk Install iOS 15 Developer Beta Di iPhone Anda

Cara-Cara Edit Green Screen Guna Aplikasi Telefon Pintar