Google mempunyai fungsi menyimpan kata laluan profil anda yang sekaligus memudahkan proses log masuk merentasi pelbagai peranti. Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui cara padam password di Chrome yang membabitkan keselamatan data peribadi anda.
Malah, setiap kata laluan yang disimpan akan masih tetap tersedia walaupun telah membuat reset pada peranti tersebut anda kerana telah disambungkan pada Google dan perkara ini menyukarkan anda untuk menjualnya kelak. Oleh yang demikian, pada kali ini kami akan kongsikan cara padam password di Chrome menerusi peranti dengan betul.
- Lancarkan aplikasi Google Chrome pada peranti anda.
2. Pergi ke bahagian kanan atas, lalu klik pada 3 noktah dan terus menuju ke Settings pula.
3. Seterusnya, klik pada bahagian Privacy & Setting.
4. Tekan pula Clear browsing data.
5. Pergi ke tab Advance kemudian klik bahagian Time range dan pilih All times. Selepas itu, anda dikehendaki menanda informasi yang mahu dibuang terutamanya pada kata laluan yang disimpan.
6.Akhir sekali, klik pada Clear data untuk memadam password tersebut dan kini pengguna perlu memasukkan kata laluan secara manual sekiranya mahu log masuk ke sesebuah laman sesawang.
Untuk makluman, data yang disimpan menerusi Google Chrome termasuklah bookmarks, sejarah laman yang dikunjungi, kata laluan, informasi pembayaran, alamat, nombor telefon dan pelbagai tetapan lain yang dipakai oleh anda. Maka, ia sangat berbahaya sekiranya anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Semoga dengan tutorial ini anda boleh memastikan setiap akses akaun Google anda hanya berada di peranti utama kegunaan harian anda sahaja. Anda juga dicadangkan untuk menggunakan Guest mode atau Incognito mode sekiranya mahu membuat pelayaran di internet pada mana-mana peranti selain milik anda.
Selain itu, anda juga boleh mempelajar cara mudah mengesan telefon pintar android yang hilang dengan menggunakan aplikasi di Google Play Store.
Ini Caranya Untuk Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali