Boleh dikatakan setiap kali ingin memohon kerja atau masuk ke universiti sudah pasti memerlukan salinan slip SPM. Jadi sekiranya sudah hilang atau tidak ditemui, anda mestilah memohon semula slip SPM agar sebarang urusan boleh berjalan lancar kelak.

Tahukah anda kini sudah terdapat cara mudah untuk mendapatkan slip sijil pelajaran asli daripada Lembaga Peperiksaan secara online sahaja? Mari ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon semula slip SPM yang hilang menerusi laman rasmi eLembaga Peperiksaan.

1. Layari laman web eLembaga Peperiksaan dengan klik di sini.

2. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu dengan klik pada Daftar Akaun.

Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

3. Setelah siap mencipta akaun pengguna, anda perlu masukkan e-mel dan kata laluan yang didaftar pada ruangan yang disediakan lalu klik Log Masuk.

Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

4. Pada halaman utama, anda pilih pula Salinan Keputusan.

memohon slip spm
Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

4. Klik logo tambah “+” yang terdapat pada penjuru atas kanan.

Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

5. Pilih sijil peperiksaan yang ingin didapatkan iaitu SPM.

Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

6. Pada bahagian tahun peperiksaan, anda boleh tekan pada tahun sijil yang diambil yang mana sudah dipaparkan secara automatik.

Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

7. Untuk bahagian kaedah penghantaran, anda boleh pilih sama ada menggunakan pos laju dengan caj tambahan sebanyak RM10 atau pun ambil sendiri di Lembaga Pendidikan, Putrajaya. Jadi, jumlah keseluruhan termasuk pos yang perlu dibayar adalah RM40.

memohon slip spm
Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

8 Setelah memastikan setiap informasi adalah sah, anda perlu membuat pengesahan dan perakuan pemohon dengan tandakan pada kotak yang disediakan. Selepas itu, klik MOHON.

memohon slip spm
Sumber Gambar: Portal e-Lembaga Peperiksaan

9. Akhir sekali, anda perlu membuat pembayaran dan klik hantar permohonan.

Untuk makluman, anda juga boleh memohon untuk salinan keputusan sijil-sijil peperiksaan seperti PMR,STPM atau STAM yang dikelolakan oleh bawah Lembaga Pendidikan Malaysia. Sekiranya permohonan anda sudah berjaya, anda hanya perlu menunggu keputusan tiba kepintu rumah anda.

Diharapkan dengan tutorial ini boleh membantu anda untuk mendapatkan semula slip sijil peperiksaan yang sudah hilang agar boleh memudahkan urusan permohonan ke universiti atau tawaran kerja. Kini semua perkara sudah boleh dibuat di hujung jari sahaja.

Kini menjadi bualan hangat buat para netizen untuk mengaktifkan Apple Pay bagi melakukan pembayaran dengan menggunakan jam dan telefon sahaja.

Boleh Digunakan Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Caranya Untuk Aktifkan Apple Pay

Lebih Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Membayar Bil Elektrik Menerusi Aplikasi myTNB