Menerusi penularan COVID-19 yang semakin serius pada hari ini, pastinya orang awam sekadar keluar untuk urusan yang penting sahaja. Pelbagai usaha kerajaan dalam menggurangkan kontak rapat bagi memutuskan rantaian tersebut. Kini pelajar boleh menarik nafas lega kerana boleh periksa keputusan SPM 2020 secara online dan SMS.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif untuk menyediakan cara penyemakan keputusan SPM 2020 dengan dua kaedah yang telah disediakan pada Khamis ini.

Kini pelajar boleh membuat semakan secara online melalui laman web rasmi MOE iaitu MyResult1 atau MyResult2 untuk mengakses bagi mendapatkan keputusan penuh.

Cara SMS pula ialah dengan menaip SPM<jarak>No KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886. Pelajar boleh mula menyemak dan hanya boleh diakses pada jam 10 pagi pada 10 Jun sehingga 6 petang pada 17 Jun ini sahaja.

Kami mengucapkan tahniah dan semoga jaya kepada pelajar yang bakal menerima keputusan pada hari esok. Semoga anda akan terus berjaya di peringkat yang seterusnya kelak.

Ikuti juga isu yang sedang menjadi bualan netizen kini mengenai sebuah aplikasi melibatkan sexting individu bawah umur.

Usia Seawal 13 Tahun Sudah Pandai ‘Sexting’, Aplikasi Litmatch Perlu Dipantau Ibu Bapa

5 ‘Smart Band’ Di Bawah RM200 Untuk Bantu Anda Bersenam Di Rumah Sempena Musim PKP

 

Sumber