Peningkatan jumlah pengguna jalan raya untuk pulang ke kampung halaman sudah dilihat sejak semalam. Ramai yang mahu tiba segera ke destinasi tetapi sanggup memandu secara merbahaya sehingga boleh menggundang kemalangan buat pengguna lain.

Oleh kerana terdapat sebahagian pengguna yang mengadu akan kelakuan segelintir pengguna jalan raya yang memandu secara tidak berhemah, ada baiknya anda mengetahui cara melaporkan kesalahan trafik yang dikesan sewaktu pulang ke kampung halaman. Ikuti langkah seperti di bawah untuk membuat laporan ke pihak berkuasa dengan betul.

1. Pertama sekali, anda perlu hantar aduan ke e-mel [email protected].

2. Kemudian, masukkan butiran pengadu di dalam aduanseperti berikut:-

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Nomber telefon
  • Alamat surat menyurat

3. Selepas itu, anda diminta sertakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat terperinci:-

  • Laporan ringkas aduan
  • Tarikh/masa
  • Jenis kenderaan
  • Tempat kejadian
  • Salinan foto, video atau dokumen berkaitan

Untuk makluman, video daripada dashcam atau sebarang rakaman yang jelas dari tempat penumpang boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang kukuh. Seterusnya, pihak JPJ akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan tersebut untuk memberi keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan.

Akhir sekali, jika pemandu tersebut disabitkan kesalahan bakal menerima Notis PP2 (notis saman). Selain itu, antara kesalahan yang boleh dilaporkan termasuklah penyalahgunaan lorong kecemasan, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan memotong barisan.

Kesalahan trafik merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan dan kecelakaan. Jadi, pandulah secara berhemat supaya semua orang boleh pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat pada kali ini.

Sementara itu, buat anda yang masih ragu-ragu untuk bergerak waktu yang sesuai, boleh klik pautan di bawah untuk ketahui cara semakan trafik semasa lebuhraya.

Ketahui Cara Mudah Menyemak Trafik Semasa Lebuhraya Untuk Perancangan Pulang Beraya

Tidak Perlu Ke Kaunter, Ini Caranya Bayar Zakat Fitrah Secara Online Menerusi Aplikasi MAE

Sumber