Dunia ketika ini sedang memberikan perhatian penuh terhadap pertelingkahan antara Rusia dan Ukraine yang mana tidak tunjuk sebarang tanda reda lagi. Malah, terdapat sejumlah sedutan video yang dikongsikan melalui media sosial berkaitan serangan yang menimpa ke atas bandar besar Ukraine dan sekitarnya.

Namun begitu, laporan Bloomberg mengatakan terdapat sebuah video yang dimuat naik di Facebook Gaming telah memaparkan berita palsu. Terdapat pelbagai judul yang diletakkan pada video ini seperti ‘Jet Pejuang Rusia di Ukraine’, ‘Siaran Langsung Rusia Mengebom Ukraine’ dan sebagainya untuk menarik lebih banyak view menerusinya.

Sumber Gambar: Youtube

Pada saat ia dimuat naik, sebahagian video sudah berjaya mencapai melebihi 110,000 tontonan serta 25,000 perkongsian. Namun, Facebook telah memadam kandungan tersebut. Tambahan lagi, masih sedia ada video seumpamanya yang juga dikongsikan secara meluas menerusi platform Twitter dengan tajuk “Peluru berpandu ingin memintas jet Russia”.

Perkara yang sama dibuat oleh si pemuat naik sehingga menerima 110,000 likes dan hampir 2,000 retweet. Lantas pihak Twitter turut menurunkan video yang dikongsikan tersebut ekoran informasi yang tidak sahih dan mengelirukan. Video-video ini juga dilihat menerima maklum balas yang tinggi kerana ramai ingin mengetahui perkara sebenar di sana.

https://www.youtube.com/watch?v=Vo3b8gsAwLg

Malangnya, para netizen dilihat sudah tertipu kerana rakaman tersebut bukanlah situasi sebenar di Ukraine dan Russia ketika ini. Sebaliknya, ia hanyalah sedutan video daripada permainan video simulasi ketenteraan popular iaitu ARMA III.

Untuk makluman, ARMA III sememangnya dikenali dengan corak permainan perang yang cukup realistik dan mempunyai jumlah pemain yang tinggi di seluruh dunia. Namun begitu, nama permainan ini seperti kurang diketahui oleh kerana hanya mereka yang meminati akan corak permainan survival atau perang sahaja yang akan ketahui kewujudannya.

Sumber Gambar: PC Gamer

Sehubungan itu, anda diminta untuk lebih berhati-hati apabila menerima sebarang berita daripada media sosial atau bualan mulut sahaja. Pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu dengan sumber yang dipercayai barulah dikongsikan sekiranya memberikan manfaat kepada pengguna lain.

Sementara itu, pihak Facebook juga sudah mengaktifkan fungsi ‘Lock Profile’ untuk menjaga keselamatan para pengguna platformnya di Ukraine.

Facebook Aktifkan Fungsi ‘Lock Profile’ Untuk Keselamatan Pengguna Di Ukraine

Nilai Bitcoin Susut 7% Selepas Rusia Lancarkan Serangan Terhadap Ukraine

Sumber