Pada ketika ini negara Rusia dan Ukraine sedang menghadapi krisis perang sehingga menyebabkan keselamatan rakyatnya terancam. Malah, keselamatan mereka juga boleh tergugat di dalam digital yang mana rata-rata mempunyai akaun peribadi di sejumlah platform media sosial seperti Facebook.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan Facebook kini mengambil inisiatif baharu untuk melindungi akaun pengguna di Ukraine. Menerusinya, mereka telah mengaktifkan ciri lock profile untuk pengguna di negara tersebut dan membina pusat operasi khas untuk memantau dengan lebih teliti akan situasi semasa yang berlaku di Ukraine.

Fungsi lock profile ini bertujuan untuk memberi pengguna akses kepada ciri privasi dan keselamatan yang lebih ketat dengan hanya satu klik sahaja. Dengan ciri ini, pengguna di Ukraine dapat mengunci profil peribadi Facebook supaya hanya rakan-rakan sahaja yang boleh melihat, berkongsi atau memuat turun konten yang disiarkan oleh mereka.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Facebook berbuat sedemikian kerana pada tahun 2021 yang lalu sewaktu berlaku kemelut di Afghanistan juga menerima ciri keselamatan ini. Selain itu, Facebook menyatakan bahawa ia sangat membantu terutamanya kepada wartawan, aktivis dan pengguna yang mungkin berisiko lebih tinggi untuk menjadi sasaran pihak Rusia.

Sementara fungsi Pasukan Operasi Khas yang ditubuhkan pula bertujuan untuk memerhatikan apa yang berlaku di Ukraine agar boleh memberi tindak balas sewajarnya secara langsung. Malah, Facebook juga sedang berkerjasama dengan pakar penutur Ukraine untuk memudahkan pemantauan keadaan dengan teliti dan bertindak secepat mungkin.

Sebelum ini juga, Ukraine mendakwa negara Rusia telah melancarkan serangan siber sehingga menggangu operasi laman web kerajaan mereka.

Ukraine Dakwa Rusia Lancarkan Serangan Siber Terhadap Laman Web Kerajaan Mereka

Bank Pusat Russia Bercadang Untuk Haramkan Perlombongan Kriptowang

Sumber