Sebelum ini kecoh dan jadi buah mulut netizen apabila KFC perkenalkan Colonel Sanders yang muda sebagai duta terbaharu.

Terbaharu, KFC telah lancarkan permainan video untuk anda di luar sana. Permainan video yang dikenali sebagai ‘I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator’ memerlukan anda membuat keputusan untuk menyelesaikan setiap challenge.

Menariknya, permainan video ini bukan sahaja akan mengajar anda cara untuk menyediakan masakan tetapi anda juga perlu mencuba untuk memenangi hati Colonel Sanders.

Ramai memberi respon positif terhadap permainan video daripada KFC ini. Kalau strategi pemasaran KFC terus kekal begini, pasti jenama pesaing lain akan hadir dengan sesuatu yang lebih hebat untuk ‘menewaskan’ KFC. Jika anda berminat, anda boleh cuba permainan ini di laman sesawang ini secara percuma. Perkongsian permainan video oleh KFC ini mendapat reaksi positif daripada netizen. Screenshot 2019-09-25 at 8.52.10 PM

Screenshot 2019-09-25 at 8.51.46 PM

Jadi, anda harus mencuba permainan video ini untuk merasai keseronokkannya. Colonel Sanders juga turut ‘dimudakan’ untuk menarik minat golongan muda terhadap jenama KFC.

https://www.thevocket.com/kfc-perkenalkan-colonel-sanders-yang-lebih-muda-sebagai-duta-terbaru/

https://www.thevocket.com/bekas-pekerja-kfc-dedah-tindakan-sekiranya-menerima-ayam-bersaiz-kecil/

https://www.thevocket.com/kfc-malaysia-bakal-lancar-koleksi-pakaian-edisi-khas-bersama-pestle-mortar/

Sumber