Sudah menjadi satu trend buat platform media sosial menawarkan ciri sokongan NFT buat penggunanya. Jika sebelum ini Meta telah menambah sokongan NFT yang terhad pada Instagram, kini mereka memperluaskan lagi ciri yang sama pada platform terkemuka, Facebook.
Menerusi Facebook, pengguna boleh memilih untuk tambah koleksi NFT yang dimiliki di bawah kategori Koleksi Digital dan lanjut boleh dikongsi menerusi timeline profil peribadi. Selain boleh menyimpannya pada paparan profil masing-masing, Facebook sendiri akan melabelkan gambar NFT sebagai Digital Collectible.
Berdasarkan integrasi pada Instagram, ia bakal menyokong NFT pada blockchain berasaskan Ethereum dan Polygon. Selain itu, ciri NFT ini juga menyokong integrasi dompet Rainbow, Trust Wallet dan paling utama Metamask.
Bagaimanapun, ciri ini hanya ditawarkan secara terhad melibatkan pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Berkemungkinan jika semuanya berjalan dengan lancar, maka kita turut akan menerima sokongan NFT pada masa kelak.
Sebelum ini, TAG Heuer turut perkenalkan kemas kini bagi memaparkan karya NFT yang dimiliki pada jam pintar.
TAG Heuer Perkenalkan Kemas Kini Bagi Memaparkan Karya NFT Pada Jam Pintar
Spotify Sedang Uji Ciri Baharu Yang Membolehkan Artis Menjual NFT Tersendiri