TAG Heuer merupakan jenama jam mewah yang cukup terkenal di luar sana. Bukan sahaja menawarkan jam tangan analog mewah, malah turut hadir dengan variasi jam pintar seperti TAG Heuer Connected.

Terkini, pihak TAG Heuer telah mengemas kini sistem operasi jam Wear OS TAG Heuer Connected Calibre E4 untuk menyokong NFT. Jam ini bukanlah baharu tetapi hanya ditambah sokongan NFT. Malah, pihak TAG Heuer berkerjasama dengan Clone-X dan juga Bored Ape Yacht Club untuk memaparkan NFT mereka sebagai muka jam.

Sumber Gambar: TAG Heuer

Berkaitan spesifikasi, jam ini menggunakan skrin AMOLED 1.39-inci dengan kaca dan dijana bersama Snapdragon Wear 4100+.Jam ini menjalankan Wear OS dan telah dimuatkan dengan aplikasi kecergasan tersendiri. Tali jam pula diperbuat daripada kulit lembu.

Pihak TAG Heuer sedia menawarkan jam pintar ini pada harga $1,900 (~RM8,362). Buat anda yang sudah memiliki jam ini, kemas kini sedia ditawarkan buat masa terdekat.

Selain jam mewah, platform penstriman muzik seperti Spotify turut ingin menawarkan ciri NFT supaya memudahkan artis menjual NFT tersendiri.

Spotify Sedang Uji Ciri Baharu Yang Membolehkan Artis Menjual NFT Tersendiri

KFC Malaysia Kini Tawarkan Koleksi NFT Eksklusif, Bidaan Bermula Pada Harga RM820

Sumber