Tahukah anda tentang penjualan games yang semakin menurun sejak tahun lalu terutamanya di platform PlayStation 5? Hal ini kerana ramai yang berpendapat harga yang ditawarkan terlalu mahal untuk sesebuah kandungan games.

Terbaharu, Sony PlayStation bakal berdepan tuntutan saman bernilai £5 bilion (~RM26.4 bilion) di United Kingdom atas dakwaan menawarkan permainan video dan pembelian dalam permainan (in-game purchase) yang terlalu mahal.

Sumber Gambar: Pvplivenet

Alex Neil menjadi wakil kepada hampir 9 juta pengguna untuk tindakan undang-undang kali ini. Tuntutan yang difailkan di Tribunal Rayuan Persaingan mendakwa syarikat permainan video itu telah melanggar undang-undang dengan menyalah gunakan kedudukannya sebagai peneraju pasaran.

Malah, Sony PlayStation dikatakan telah mengenakan terma dan syarat yang tidak adil ke atas pembangun dan pengeluar permainan video termasuklah komisen 30% ke atas setiap pembelian digital atau dalam permainan yang dibuat melalui PlayStation Store.

Sumber Gambar: PlayStation Store

Tindakan syarikat tersebut telah menyebabkan kenaikan harga untuk pengguna serta mendakwa menyebabkan pelanggan dikenakan bayaran berlebihan secara tanpa disedari untuk pembelian permainan digital. Jumlah jualan harga games yang mahal terkumpul sebanyak RM26.4 bilion sejak enam tahun lalu.

Dianggarkan ganti rugi bagi setiap individu dalam tuntutan itu berjumlah antara £67 (~RM355) hingga £562 (~RM2,977). Perkara ini tertakluk kepada mana-mana pelanggan yang telah membeli permainan digital atau kandungan tambahan pada konsol mereka atau melalui PlayStation Store sejak Ogos 2016.

Sebelum ini, syarikat bernama Meta turut menyaman Meta atas pelanggaran cap dagangan kerana menyebabkan perniagaan terjejas.

Ekoran Perniagaan Terjejas, Syarikat Bernama Meta Saman Meta Atas Pelanggaran Cap Dagangan

Celcom, Digi Dan U Mobile Berpeluang Disaman Jika Tidak Tawarkan Rangkaian Yang Baik