Platform Netflix sangat sinonim dengan penawaran servis penstriman rancangan TV bersiri dan filem yang ternama di peringkat antarabangsa. Menerusi jumlah pengguna yang sangat besar, pihak Netflix nampaknya ingin mencuba sesuatu yang baru bagi memberikan kelainan.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Bloomberg, syarikat Netflix sedang merancang untuk menawarkan servis permainan video dalam langganan pada tahun hadapan. Dikhabarkan Netflix juga telah melantik Mike Verdu yang merupakan bekas eksekutif di Electronic Arts (EA) dan Facebook untuk mengetuai projek pada kali ini.

vocket-news-netflix-games-1
Sumber Gambar: Los Angeles Times

Mike Verdu bukanlah nama asing di dalam industri permainan video memandangkan beliau pernah berkhidmat di bawah jenama francais games yang popular seperti The Sims, Plant vs. Zombies dan Star Wars.

Netflix juga bakal mempertimbangkan permainan secara bundle seperti yang dibuat pada Apple Arcade. Buat masa ini masih belum terdapat sebarang informasi terperinci mengenai sebarang penambahan kos langganan untuk servis terbaru ini.

Black Mirror Bandersnatch
Sumber Gambar: Netflix

Sebelum ini, Netflix pernah menceburi dalam penghasilan permainan video telefon pintar bersama pihak pembangun permainan iaitu Stranger Things 3: The game.

Pihak Netflix juga berhasrat untuk menawarkan lebih banyak konten hiburan interaktif untuk pengguna di luar sana seperti kejayaan siri Black Mirror: Bandersnatch yang pernah ditayangkan pada beberapa tahun yang lalu.

Nampaknya, pihak Netflix bakal menjemput lebih ramai pengguna baharu apabila servis games ini mulai dilancarkan secara rasmi. Berdasarkan tenaga kerja yang profesional pasti memberikan pengalaman yang lebih menarik untuk pengguna pada masa akan datang.

Begini cara Netflix membuatkan pengguna ketagih menonton serta meneruskan melanggan melalui platform tersebut.

Bagaimana Netflix Mampu Buatkan Anda Ketagih Menonton Dan Terus Melanggan

Kelebihan, Kekurangan Dan Perbezaan Antara Netflix, HBO Go Dan Disney+ Hotstar