Tesla pada ketika ini sudah pun menawarkan sejumlah permainan video yang boleh dimainkan dalam kenderaan. Malah, kini Tesla nampaknya mahu mengembangkan lagi koleksi permainan video pada keretanya dengan menambah integrasi Steam.

Berdasarkan perkongsian terbaru Elon Musk, beliau mengatakan mereka sedang dalam proses mengintegrasi Steam ke dalam kereta Tesla dan mungkin memperlihatkan proses integrasi Steam dalam Tesla seawal bulan hadapan.

Pada hari ini, Steam sudah cukup terkenal sebagai gedung permainan terkemuka pada PC dan menjadi tumpuan ramai dalam mendapatkan pelbagai jenis permainan menerusinya. Dengan adanya integrasi Steam pada Tesla nanti, ia boleh memberikan pengguna akses kepada lebih banyak lagi pilihan permainan.

Bagaimanapun, masih belum dipastikan lagi sama ada pengintegrasian ini akan membolehkan pengguna membuat pembelian di Steam sewaktu di dalam kereta atau turut meliputi sokongan memainkan permainan yang diterbitkan pada Steam terus pada Tesla. Dengan perkongsian menarik, sama-sama kita nantikan pada hari demonstrasi yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi.

Tahukah anda tentang seorang remaja yang menolak tawaran kereta Tesla sebagai balasan untuk memadam akaun stalk jet peribadi Elon Musk? Klik pautan di bawah.

Remaja Ini Tolak Tawaran Kereta Tesla Sebagai Balasan Untuk Padam Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk

Remaja Ini Minta RM209,500 Untuk Berhenti ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk Di Twitter